Selepas menjalani sesi percubaan bersama sebuah pasukan J2 League, Roasso Kumamoto awal bulan lalu, kini Hadi Fayyadh dilaporkan akan terbang sekali lagi ke Jepun untuk menjalani sesi percubaan bersama Fagiano Okayama.

Melalui satu artikel dari Berita Harian, bekas pemain Johor Darul Ta’zim II itu akan menjalani sesi tersebut mulai 19 September sehingga 23 September 2018.

“Saya akan membawa Hadi ke Jepun minggu depan bagi menjalani latihan bersama Fagiano Okayama dan selaku penaja pasukan bola sepak Malaysia, Yakult (M) akan membantu Hadi dalam menjalani latihan di sana.

“Besarlah harapan saya dia diterima oleh mana-mana pasukan di Jepun untuk perkembangan kariernya yang mana ia akan menyumbang kepada kemajuan bola sepak negara ini.

“Secara peribadi, saya harap Hadi dapat menunjukkan prestasi baik dalam sesi latihan bersama skuad senior Fagiano Okayama supaya mendapat tempat dalam kelab itu nanti,” katanya.

Hadi-Fayyadh

hadi fayyadh

Mengenai status sesi pemilihan Hadi bersama Roasso Kumamoto, Hiroshi Hamada memberitahu bahawa kelab itu akan memberikan jawapan selewat-lewatnya pada akhir Oktober 2018.

“Saya menerima maklum balas positif dari mereka apabila mereka memuji prestasi dan persembahan yang ditunjukkan Hadi sepanjang bersama mereka sebelum ini.

“Namun, mereka masih belum dapat memberikan apa-apa keputusan berhubung perkara itu memandangkan mereka sedang fokus bagi mengekalkan kedudukan dalam saingan J2,” katanya.

Berdasarkan kedudukan J2 League semasa, Fagiano Okayama berada ditangga ke 9 liga dengan 48 mata hasil 33 perlawanan dan Roasso Kumamoto dikedudukan ke 21 hanya mengutip 26 mata dari 32 perlawanan.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group