Dua bekas pemain skuad kebangsaan, Muhammad Fadhli Shas dan Ahmad Hazwan Bakri bakal memperkuatkan pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Cabaran menentang UKM FC pada hari sabtu ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Badan pentadbir liga, Malaysian Football League (MFL) telah meluluskan pendaftaran dua pemain ini daripada pasukan utama ke pasukan “Reserve” berkuatkuasa mulai semalam.

Sebelum ini, peraturan melibatkan perpindahan pemain “Reserve Team’ menyatakan had umur pemain-pemain tempatan yang dibenarkan untuk berpindah dari “Reserve Teams” ke skuad utama atau skuad utama ke “Reserve Teams” harus memiliki syarat sekurang-kurangnya berusia 27 tahun ke bawah.

Bagaimanapun, Ahli Lembaga Pengarah MFL telah membuat keputusan di mana tiada lagi had umur bagi pemain-pemain tempatan untuk bergerak dari skuad utama ke “Reserve Teams” atau sebaliknya dalam satu mesyuarat pada 1 Mac lalu.

71724725_1460896964073598_5137144811479891968_n

Kesebelasan utama skuad JDT II. FOTO: JST

Kini, pemain tempatan yang berumur 27 tahun ke atas kini dibenarkan untuk bergerak dari skuad utama ke “Reserve Teams” atau dari “Reserve Teams” ke skuad utama.

“Pihak MFL dengan ini meluluskan pendaftaran pemain JDT (pasukan utama) untuk didaftarkan ke JDTII (Reserve Team).

“Merujuk keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah MFL 1 Mac lalu di mana tiada lagi had umur bagi pemain-pemain tempatan untuk bergerak dari skuad utama ke ’Reserve Team’ atau sebaliknya.

7C964DD0-B2C2-4946-B732-1A80F9CD5817

Hazwan Bakri jarang diturunkan dalam kesebelasan utama skuad JDT musim ini. FOTO: JST

“Oleh yang demikian, pendaftaran pemain tersebut telah dibuat mengikut Peraturan “Reserve Team” seperti yang telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL. Pendaftaran pemain-pemain ini adalah berkuatkuasa pada tarikh surat ini diedarkan,” kata MFL dalam satu kenyataan.

Beberapa permohonan pendaftaran pemain tempatan untuk bergerak dari skuad utama ke “Reserve Teams” atau sebaliknya sudah diluluskan MFL sebelum ini termasuk permohonan Terengganu FC (TFC) ke TFC II pada 14 Jun lalu seramai 22 pemain.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan JDT yang mungkin anda terlepas pandang.

Delegasi Double Pass Akan Pastikan JDT Setaraf Dengan Kelab Elit Dunia

Pemain JDT Terima Rawatan Daripada Pakar Bedah Berkelas Dunia

Delegasi JDT Ke Itali Belajar Cara Pengurusan Bola Sepak Juventus

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group