Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) hari ini mengumumkan Haji Mohd Fadhil Wahab sebagai Pengurus Terengganu FC untuk saingan Liga Malaysia musim 2022 bagi menggantikan tempat Zulfadhli Rozi.

Perlantikannya turut mendapat kepercayaan daripada Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Terenganu Football Club Sdn Bhd, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar dan YB Wan Sukairi bin Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan & NGO Negeri Terengganu.

Fadhil menyedari tugasan yang dipikul adalah satu tugasan yang berat apabila perlu menguruskan pasukan utama dalam kelab bolasepak di negeri Terengganu yang mempunyai puluhan ribu pengikut malah menghampiri jutaan peminat bolasepak dari dalam dan luar negeri.

“Ianya bukan sesuatu perkara yang boleh dianggap mudah namun saya sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk memikul tugasan ini akan menyahut cabaran ini dan saya akan terus belajar untuk menguruskan pasukan ini bukan sahaja untuk memastikan segala aturan pasukan berjalan baik, namun untuk memastikan kualiti pasukan ini meningkat kearah yang lebih baik bagi musim baru ini,” katanya.

Malah, beliau turut meletakkan satu sasaran dan target yang terbaik untuk saingan Liga Malaysia sepertimana pada tahun 2021 dan menyasarkan sekurang kurangnya 1 piala pada musim depan.

“Sebagai pengurus pasukan, semestinya ingin memastikan satu sasaran dan target yang terbaik untuk saingan Liga Malaysia sepertimana pada tahun 2021 kita berjaya menduduki tempat ke 4 Liga Super, dan layak sehingga pusingan separuh akhir Piala Malaysia maka untuk tahun 2022 kita akan menyasarkan sasaran yang realistic, lebih baik dan sekurang kurangnya dapat membawa pulang 1 kejuaraan ke negeri Terengganu,” tulis kenyataan rasmi TFC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Penyerang Berbisa Dari Brazil, Herlison Caion Sah Sertai Selangor

Syafiq Ahmad Kembali Beraksi Bersama Kedah

Hairuddin Omar Sertai Barisan Kejurulatihan Terengganu Musim Depan

Penang Berlatih Lebih Awal Sebagai Persiapan Hadapi Musim 2022

‘Kante Ganu’ Sah Sertai Kedah Darul Aman

Hakka Clo Plt Pembekal Rasmi Kelengkapan Sukan Sri Pahang Dengan Nilai Tajaan RM1.13 Juta