Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Manchester United akhirnya berjaya memuktamadkan salah satu saga perpindahan paling panjang iaitu melibatkan Jadon Sancho.

Sancho dikaitkan dengan United sejak tahun yang lalu dan dalam dua jendela perpindahan sebelum ini, United cuba mendapatkan pemain tersebut.

Paling hampir adalah pada pra musim 2019/20 apabila Man United melancarkan bidaan rasmi untuk pemain tersebut. Namun kedua dua pasukan gagal mempersetujui harga. Apabila Man United menolak untuk membayar €120 juta untuk pemain tersebut.

Selepas tamat musim ini, Borussia Dortmund dilaporkan setuju untuk mengurangkan tanda harga Sancho. Salah satu sebabnya, dengan mengambil kiru impak pandemik yang melanda kelab seluruh dunia. Namun mereka tetap berkeras dengan harga jaminan €90 juta dan dikatakan menolak sebarang klausa atau ansuran yang tidak memberikan jaminan mereka akan dapat angka tersebut.

Sancho milik United

Fabrizio Romano melaporkan bahawa Manchester United dan Borussia Dortmund akhirnya setuju dengan perpindahan bernilai €90 juta.

Sancho akan menandatangani kontrak 5 tahun sehingga 2026. Pemeriksaan medikal untuk pemain tersebut masih belum dilakukan memandangkan pemain tersebut masih berada di kem England untuk Euro 2020.

Sancho juga setuju dengan kertas tawaran terma peribadi yang sama seperti yang dicadangkan United kepada beliau tahun lalu. Di mana Sancho dilaporkan ditawarkan gaji €350,000 seminggu di United.

Sancho kini menjadi pemain ketiga paling mahal dalam sejarah Manchester United selepas Paul Pogba dan Harry Maguire.

Sancho merupakan pemain penting Borussia Dortmund sejak menyertai pasukan tersebut. Beliau berjaya mendapatkan tempat dalam skuad kebangsaan walaupun penglibatan beliau dalam Euro 2020 kali ini agak terhad setakat ini.

Ole Gunnar Solskjaer menjadikan Sancho sasaran utamanya sejak beberapa tahun lalu. Kerana Ole Gunnar Solskjaer mahu mencari pemain sayap kanan yang benar benar stabil di posisi tersebut.

Sebelum ini Ole Gunnar Solskjaer banyak menggilirkan pemain untuk posisi tersebut, termasuk menggunakan Mason Greenwood dan Anthony Martial.

Kehadiran Sancho dijangka akan membolehkan pemain itu bergandingan dengan Rashford di sayap kiri dan Cavani di serangan utama.

Sancho juga dianggap salah seorang pemain muda terbaik di Eropah sejak meninggalkan Manchester City ke Dortmund pada 2017, ketika itu beliau baru berusia 17 tahun. Sejak itu, Sancho menjaringkan 50 gol dalam 137 penampilannya bersama BvB dan membantu kelab itu memenangi Piala DFB Pokkal.

Baca juga artikel

Finland Hadapi Peningkatan Ketara Kes Covid-19, Dinamakan Kluster Euro 2020 Dibawa Dari Rusia

Sancho Setuju Sertai United, Namun Dortmund Tolak Bidaan Rendah Daripada Tanda Harga

Bukan Woodward, Tetapi Joel Glazer Yang Menentang Pembelian Jadon Sancho

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group