Fabrizio Romano dalam satu kemaskini laman sosial Twitter terkini, menyatakan bahawa pasukan FC Barcelona telah memilih ketua jurulatih skuad kebangsaan Belanda, Ronald Koeman sebagai pengurus baru kelab tersebut.

Dalam kenyataan itu juga, Fabrizio Romano turut menjelaskan bahawa Ronald Koeman akan meninggalkan tugasnya sebagai ketua jurulatih Belanda dan menyertai FC Barcelona.

“Pengumuman rasmi Ronald Koeman sebagai pengurus baru FC Barcelona akan dibuat dalam minggu ini.”

Sebagai rekod, Ronald Koeman pernah dilantik sebagai pembantu jurulatih FC Barcelona pada tahun 1998 dibawah Luis van Gaal selepas tamat kejohanan Piala Dunia di Perancis.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Thai League Batalkan Penggunaan VAR Musim Ini, Kelab Boleh Bayar Sendiri RM11,000 Setiap Perlawanan Jika Berminat

Sepakan Mirip ‘Nakamura Bus Challenge’ Versi Tok Jiring Ini Viral, Pemandu Lori Sendiri Pulangkan Bola

Tabloid UK Ini Dedahkan Jepun Akan Adakan Perlawanan Persahabatan Dengan Malaysia Bulan September.