Bekas ketua pasukan skuad kebangsaan Itali, Fabio Cannavaro menyuarakan minat beliau untuk menjadi pengurus salah satu kelab yang pernah diwakilinya, Real Madrid.

Pemenang Piala Dunia 2006 itu menghabiskan tiga musim bersama Real, membuat lebih 100 penampilan dan memenangi gelaran La Liga pada musim 2006/2007 serta 2007/2008.

Fabio Cannavaro
Sumber Gambar: Vbet News

Kini, beliau menjadi pengendali kelab gergasi Chinese Super League (CSL), Guangzhou Evegrande dan beliau nyata berminat untuk memegang jawatan yang ketika ini sedang diisi oleh Zinedine Zidane.

“Jika anda mahu menjadi seorang jurulatih, maka anda perlu mempunyai mentaliti untuk menjadi yang terbaik.

“Di sini, menjadi yang terbaik adalah menguruskan Real Madrid, skuad kebangsaan Itali ataupun kelab-kelab besar di Eropah. Saya berusaha bagi memastikan saya boleh menguruskan pasukan seperti Real Madrid,” kata Fabio Cannavaro.

Fabio Cannavaro
Sumber Gambar: These Football Times

Cannavaro telah memenangi beberapa kejuaraan sepanjang karier kejurulatihan beliau di China dengan membantu Tianjin Quanjian muncul sebagai juara
China League One pada musim 2016.

Musim lalu, pemain yang juga pernah menyarung jersi Juventus ini membantu Guangzhou Evegrande memenangi saingan CSL dengan kelebihan dua mata di hadapan Beijing Guoan.

Selain itu, Cannavaro juga pernah mengendalikan skuad kebangsaan China. Namun, beliau hanya terlibat dalam satu perlawanan sebelum meletak jawatan bagi memberikan sepenuh perhatian kepada Guangzhou.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak di Asia di sini:

Kelab Jepun Ini Catatkan Kerugian RM81.67 Juta Pada Musim 2019, Bakal ‘Bungkus’ Buat Kali Ke-2 Dalam Sejarah

Matthew Davies Pilih Safawi Sebagai Pemain Tempatan Terbaik Yang Pernah Dihadapi

Media Vietnam Mula Terbayang Aksi Bertemu Malaysia Yang Dibarisi 8 Pemain Kacukan Dan Naturalisasi