FA Thailand semalam telah membuat satu kemaskini penting berkenaan perkembangan pembida hak penyiaran Thai League yang sudah berada diperingkat akhir sebelum pengumuman rasmi dibuat.

Dalam kenyataan melalui laman sosial Facebook rasmi FA Thailand itu, mereka telah pun selesai membuat penilaian keatas tawaran yang dikemukakan oleh 2 buah syarikat, 1 dari Thailand dan sebuah lagi adalah syarikat dari luar negara.

FA Thailand telah memaklumkan bahawa kedua-dua syarikat itu akan membentuk 1 konsortium yang akan diumumkan sebagai pemegang hak penyiaran saingan Thai League untuk 8 musim bermula tahun 2021 hingga 2028.

Setakat ini, hanya setakat itu sahaja perkembangan yang boleh dikeluarkan selepas perjanjian Non-Disclosure Agreement (NDA) ditandatangani bagi memastikan kepentingan semua pihak yang terlibat dapat dilindungi sehingga majlis pengumuman rasmi dibuat dalam masa terdekat.

Pihak pemenang itu juga mahu memastikan kepentingan mereka terpelihara sehingga kongres FA Thailand selesai (semalam), dan semua urusan kontrak dan perjanjian akan cuba diselesaikan dengan segera.

FA Thailand juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau pun tidak kepada bidaan hak penyiaran saingan Thai League untuk tahun akan datang.

Menurut beberapa sumber maklumat yang diterima, syarikat penyiaran TrueVision dan DAZN berjaya dalam bidaan tersebut, namun pengumuman rasmi berkenaan pemenang akan dibuat oleh pihak FA Thailand selepas semua urusan diselesaikan.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Kelab Thai League 1 Ini Tawarkan Pakej ‘Gila’ Pas Bermusim Dengan Harga Serendah RM79 Sahaja

Lihat Bagaimana Majlis Pelancaran Thai League 2020 Berlangsung Dengan Penuh Gilang Gemilang

FIFA Beri Amaran Kepada FA Thailand Adakan Pemilihan Tanpa Campur Tangan Pihak Ke-3, Atau Digantung Seperti PSSI