Skuad kebangsaan Thailand sudah mula melihat peluang mereka untuk kembali berada dalam kategori Top 100 FIFA Ranking tidak lama lagi dan peluang untuk memecah masuk bergantung kepada 3 perlawanan antarabangsa yang cukup penting tidak lama lagi.

Berdasarkan sebuah laporan oleh portal sukan SiamSport, penilaian terkini yang dibuat telah memperlihatkan peluang skuad kebangsaan Thailand untuk melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 – muncul sebagai 12 pasukan terbaik, dan mereka perlu menang semua baki 3 perlawanan terakhir.

Mungkin ada penganalisis tempatan di Thailand yang sudah mula membuat simulasi kedudukan FIFA ranking untuk mereka nampak dengan lebih jelas impak yang akan berlaku berdasarkan keputusan baki 3 perlawanan akan datang dan peluang besar untuk Thailand kembali berada dalam Top 100 FIFA ranking.

3 perlawanan penting yang perlu Thailand hadapi nanti adalah berdepan Indonesia, UAE dan perlawanan terakhir bertemu Malaysia di Bangkok.

Pada ketika ini skuad kebangsaan Thailand berada di kedudukan 113 dunia berdasarkan kemaskini FIFA pada bulan April yang lalu, dan kali terakhir mereka berada dalam Top 100 FIFA ranking adalah pada bulan Febuari 2010 di kedudukan 98 dunia.

Bagi rantau Asia Tenggara, FIFA ranking terkini masih ‘dipegang’ oleh pasukan Vietnam dikedudukan 94, diikuti oleh Thailand  (113) dan Filipina (124). Senarai penuh kedudukan FIFA ranking di Asia Tenggara adalah seperti berikut;

  1. Vietnam – FIFA ranking 94
  2. Thailand – FIFA ranking 113
  3. Filipina – FIFA ranking 124
  4. Myanmar – FIFA ranking 136
  5. Malaysia – FIFA ranking 154
  6. Singapura – FIFA ranking 157
  7. Indonesia – FIFA ranking 173
  8. Kemboja – FIFA ranking 173
  9. Laos – FIFA ranking 188
  10. Brunei – FIFA ranking 191
  11. Timor Leste – FIFA ranking 196

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

Piya: Shakir Shaari Mudahkan Kerja Saya Diatas Padang, Aura Safiq Rahim Dalam Skuad Malaysia Memang Gila!

Chanathip: Final AFF Suzuki Cup 2014 Di Bukit Jalil Bertemu Malaysia Adalah Perlawanan Paling ‘Favourite’

Bapa Chanathip Songkrasin Dedahkan ‘Kitab’ Asas Bola Sepak Anaknya, Fans Manchester United Rupanya

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group