Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebentar tadi mengesahkan pemain pertahanan kiri mereka iaitu Theerathon Bunmathan sah tidak akan menyertai skuad kebangsaan negara itu ke Dubai.

Menurut kenyataan tersebut lagi, pemain pertahanan kiri kelab Yokohama F Marinos itu berdepan dengan kesukaran dengan beberapa prosedur berkaitan wabak COVID-19 yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun.

Antara halangan itu termasuklah tempoh kuarantin wajib 14 hari, kebimbangan tahap kecergasan untuk kembali bersama kelab serta kebarangkalian jangkitan wabak COVID-19 itu sendiri kepada orang lain.

Berita ini jelas mengecewakan semua penyokong bola sepak Thailand dimana mereka dalam misi untuk mencari tempat secara automatik ke peringkat seterusnya bagi kejohanan Piala Dunia 2022 serta slot automatik ke Piala Asia 2023.

Dengan Chanathip Songkrasin kini masih cuba untuk pulih dari kecederaan ligamen lutut, harapan Thailand untuk menggunakan khidmat 2 pemain yang beraksi dalam saingan J.League itu kelihatan semakin kabur.

Thailand jelas memerlukan khidmat Theerathon Bunmathan dibahagian pertahanan kiri serta kemampuan pemain itu untuk melakukan hantaran silang dan juga pakar sepakan bebas kini tertutup rapat.

Walaupun, Chanathip dilaporkan akan bersama skuad Akira Nishino, aksi pemain itu masih diragui kerana kali terakhir beliau turun bermain dengan Consadole Sapporo adalah pada 2 Mei 2021 yang lalu.

Jika dilihat, pasukan Vietnam dan Thailand boleh dikatakan kehilangan 3 hingga 4 tonggak utama mereka yang menjadi tunjang kekuatan pasukan sebelum ini. Ia mungkin satu peluang yang mampu dimanfaatkan oleh skuad kebangsaan Malaysia untuk mara lebih jauh dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di UAE.

Teruskan membaca artikel-artikel yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Penyokong Vietnam ‘Pening’ Bagaimana Pemilihan Penjaga Gol Dilakukan Untuk Misi Penting Di UAE

Tan Cheng Hoe Jelaskan Objektif Yang Mahu Dicapai Ketika Berdepan Kuwait Dan Bahrain

4 Pemain Disebut Tan Cheng Hoe Yang Akan Berikan ‘Depth’ Di Bahagian Pertahanan Malaysia