Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) dilaporkan mahu menganjurkan sebuah liga bagi pemain-pemain berusia bawah 21 tahun mulai tahun hadapan mengikut laporan yang dikeluarkan oleh portal sukan SMMSport semalam.

Mmenurut artikel tersebut, presiden FAT telah mengadakan perjumpaan dengan Sports Authority of Thailand (SAT) berkenaan perancangan itu dalam usaha untuk mendapatkan pandangan serta sokongan dari SAT sendiri.

Liga U21 itu sebenarnya adalah sebagai alternatif baharu FA Thailand untuk memberikan peluang kepada pemain-pemain muda setiap kelab untuk mempamerkan aksi masing-masing selepas pembatalan ‘B Team’ yang sebelum ini bersaing dalam Thai League 4

Dengan memperkenalkan liga seperti ini mereka dijangka dapat menyelesaikan masalah pemain yang kurang mendapat masa permainan seterusnya memberikan satu platform baharu untuk mencari pemain-pemain bagi mengisi skuad kebangsaan U23 Thailand dimasa depan.

Artikel itu juga menyebut bahawa perbincangan lanjut dengan ketua jurulatih kebangsaan Thailand juga telah diadakan dan menerima maklum balas yang baik dimana beliau mempunyai satu lagi platform untuk memantau perkembangan pemain generasi batu negara itu.

Melihat kepada perancangan awal, liga U21 Thailand itu tidak akan disertai oleh banyak pasukan dan mereka hanya menjangkakan sekitar 12 hingga 13 buah pasukan sahaja. Mungkin selepas menerima sokongan serta perhatian bilangan pasukan dalam saingan itu akan banyak lagi.

Jika dibandingkan dengan apa yang dimiliki oleh Malaysia ketika ini, liga U21 Thailand ini sebenarnya adalah setaraf dengan kejohanan Piala Presiden yang sudah lama kita miliki.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Pemain Thai League Ini Sumbat Gol Persis Jaringan David Beckham Ketika Manchester United Bertemu Wimbeldon Pada 1996

RASMI: BG Pathum United Sah Layak Ke Peringkat Kumpulan AFC Champions League 2021

‘Safety Issue’ Stadium Sultan Zainal Abidin Punca Terengganu Guna SSINS Untuk AFC Cup 2021?

Sumber