Pada 15 Januari 2021 yang lalu, Persatuan Bola Sepak Thailand (FA Thai) mendedahkan bahawa kepada umum piramid jurulatih bola sepak di negara itu dimana sejak 4 tahun terkini mereka telah berjaya mengadakan program kejurulatihan kepada 3,805 orang yang terlibat.

Seperti yang dapat kita lihat dalam rajah piramid dibawah, ada 6 kategori yang telah ditetapkan oleh FA Thai dalam hierarki coaching pathway mereka iaitu;

  • Lesen G
  • Lesen C
  • Lesen B
  • Lesen A
  • Lesen PRO

Dalam kemaskini melalui laman sosial rasmi FA Thai itu, mereka menyatakan bahawa jurulatih atau Instruktor adalah titik permulaan kepada pembangunan bola sepak.

Jika diperhatikan dari sudut jumlah jurulatih bagi setiap kategori, kita akan dapati bahawa di Thailand mereka mempunyai 1,679 jurulatih lesen G, 1,629 jurulatih lesen C, 254 jurulatih lesen B, 120 jurulatih lesen A dan 39 orang lagi berstatus lesen PRO!

Keadaan sebegini akan lebih memeriahkan lagi industri bola sepak Thailand kerana mereka akan lebih terlibat dengan kelab-kelab kecil disamping meransang kewujudan kelab-kelab baharu bagi menghasilkan pemain-pemain yang berpotensi.

Selain itu, lambakan jurulatih yang memiliki ilmu diperingkat tertinggi juga akan turut memudahkan penyampaian ilmu-ilmu bola sepak kepada pemain dengan lebih dalam, cepat dan berkesan justeru membolehkan pemain-pemain dilengkapi lebih bersedia menghadapi perjalanan karier bola sepak mereka.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

“6 Tahun di Malaysia, Kemampuan Individu Pemain Malaysia Masih Dibawah Indonesia.”- Jaino Matos

Kelab Divisyen 3 Jepun Ini Miliki 554 ‘Official Partners’, Majoriti Adalah Syarikat Komuniti Setempat

Jersi ‘Player Issue’ Beserta ‘Name Set’ Azul Claro Numazu Dibuka Untuk Tempahan Berharga RM707 Sehelai