Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Akira Nishino dilaporkan telah bersetuju untuk menerima tawaran lanjutan kontrak untuk 2 tahun akan datang bagi membimbing pasukan kebangsaan dan juga skuad bawah 23 tahun Thailand.

Akira Nishino yang baru-baru ini berjaya membawa skuad bawah 23 tahun Thailand ke saingan suku akhir kejohanan AFC U23 Championship 2020, akan menandatangani kontrak baru tersebut pada hari Jumaat, 24 Januari 2020.

Selepas tewas kepada Arab Saudi dengan satu keputusan sepakan penalti yang kontroversi tempoh hari, boleh dikatakan tiada apa apa kejohanan utama untuk skuad tersebut selepas ini, namun Akira Nishino mahu mempersiapkan pemain-pemain dalam kategori ini untuk saingan kelayakan Piala Dunia 2026.

EO3o6UiUcAA_M9x

Sejak kehadiran Akira Nishino, rata-rata dapat diperhatikan bahawa penyokong Thailand begitu teruja untuk melihat kemajuan yang diterapkan oleh bekas ketua jurulatih Jepun di Piala Dunia 2018 itu dalam kem skuad kebangsaan Thailand.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand, selepas persetujuan tersebut dicapai, mereka mahu Akira Nishino dan juga pengarah teknikal bola sepak Thailand, Carles Romagosa, untuk memasang asas yang kukuh bagi bola sepak Thailand mulai dari skuad bawah 12 tahun sehingga skuad bawah 23 tahun.

83625187_2952925041438849_538043519676186624_o

Kini tumpuan Akira Nishino akan terarah kepada perlawanan penting seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, dimana mereka akan menerima kunjungan pasukan Indonesia di Bangkok pada 26 Mac 2020.

Walaupun pasukan Indonesia sudah pun terkeluar dari saingan menerebut tempat ke Piala Dunia, mata kemenangan keatas pasukan itu adalah cukup penting bagi membolehkan Thailand terus bersaing dalam kumpulan G.

Baca juga artikel lain yang berkaitan bola sepak Thailand telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

VAR Sekat Kemaraan Thailand Kejar Slot Sukan Olimpik Tokyo 2020, Laungan Penonton Maki Pengadil Jelas Kedengaran

Akibat Gagal Melunaskan Gaji Pemain, Kelab Thailand Ini Terpaksa Turun Ke Divisyen Paling Bawah Saingan Thai League.

FA Thailand Beri Bonus RM1.35 Juta Kepada Pasukan U23 Selepas Belasah Bahrain 5 Gol Tanpa Balas