Pihak FA Thailand semalam telah mengumumkan sebuah kerangka strategi yang diberi nama ‘Moving Forward’ yang bakal memacu industri bola sepak Thailand ke satu tahap yang lebih baik dimasa depan.

8 agenda yang memberikan penekanan utama adalah seperti dibawah, dimana merangkumi keseluruhan aspek ekosistem bola sepak yang diperlukan untuk membawa mereka ke satu peringkat yang lebih tinggi.

1. Rancangan strategik 20 tahun: Dari peringkat asas sehingga kepada peringkat senior, pembangunan 360 darjah berkaitan struktur berperingkat termasuk sumber manusia yang dianggap penting bagi meningkatkan bola sepak Thailand mengikut rancangan strategik 20 tahun.

2. Pembinaan Pusat Latihan Bola Sepak Kebangsaan: Dengan sokongan daripada King Power Group sebanyak 500 juta baht, pembinaan Pusat Latihan Bola Sepak Kebangsaan ini dilaksanakan secara konkrit untuk muncul sebagai pusat perkembangan bola sepak moden bersepadu sepenuhnya dan mampan.

3. Dalam kes rasuah, segala dakwaan dan pembersihan perlu diteruskan untuk membolehkan ia hilang dari bola sepak Thailand. Tindakan undang-undang untuk individu dan orang undang-undang juga perlu diteruskan sehingga selesai.

4. Membangunkan struktur pengurusan persatuan: Memacu pembangunan struktur persatuan dengan memiliki naib presiden yang terdiri daripada pakar-pakar yang berpengalaman dalam pelbagai bidang.

5. Membangunkan potensi bola sepak Thailand: Pembangunan teknikal yang bersepadu untuk mewujudkan ‘Thailand Way’ dengan lebih kukuh, dengan bantuan Carles Romagosa yang bertanggungjawab untuk mengenalpasti gaya permainan yang sesuai.

83865658_2431571253774668_9086376594590662656_o

6. Membangunkan liga bola sepak profesional: Memperbaiki bentuk persaingan untuk menjadikannya lebih menarik dan mengembangkan popularitinya secara lebih meluas diperingkat domestik dan antarabangsa. Mempertimbangkan kesesuaiannya dan memaksimumkan faedah untuk industri bola sepak Thailand

7. Pembaharuan belanjawan untuk menyokong kelab: Meningkatkan struktur dan jumlah agihan bagi meyokong untuk kelab di semua peringkat dari Thai League 1-4.

8. Meningkatkan kecekapan pengadil secara progresif: Menaik taraf piawaian kompetensi pengadil secara berterusan untuk diterima dan kebolehpercayaan dari kelab dan peminat bola sepak, selain membantu mereka untuk terus menunjukkan potensi di peringkat antarabangsa.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Thai League Senaraikan Top 5 Stadium Yang Mungkin Berbaloi Untuk Dikunjungi Di Thailand.

Thai League Jadi Destinasi Pilihan 26 Pemain Dari ASEAN, 33.3% Daripadanya Adalah Pemain Dari Filipina

Akibat ‘Banner Fxxk VAR’ SCG Muangthong United Didenda THB50,000 Oleh Thai League