FA England bersedia untuk menolak cadangan Liga Perdana Inggeris untuk memudahkan lagi proses pendaftaran pemain asing.

Ini selepas FA England menerima maklum balas daripada bos England, Gareth Southgate, yang khuatir kehadiran terlalu ramai pemain asing akan merosakkan pasukan kebangsaan.

Kritikan Southgate tentang kebanjiran pemain asing

Selain itu, Southgate mahu anak jati England diberikan peluang yang lebih baik beraksi di liga utama negara itu berbanding dengan pemain pemain dari negara lain.

Kerisauan Southgate itu disuarakannya kepada FA England. Terutama sekali di kalangan kelab big six, sangat sukar untuk pemain pemain muda kelahiran England ini mendapat tempat di dalam kesebelasan utama secara tetap.

Sportsmail mendedahkan awal minggu ini bahawa kelab-kelab teratas di EPL sedang merancang untuk melobi FA untuk mengurangkan daripada 15 kepada 12 jumlah mata Endorsmen Badan Pentadbiran (GBE) yang diperlukan untuk pemain luar negara mendapatkan visa pekerjaan mereka.

Apa itu mata GBE?

Mata GBE adalah mata yang diberikan kepada pemain asing berdasarkan penampilannya untuk kelab dan negara.

Sebelum ini, EPL sangat longgar dalam menerima pemain asing sebelum Brexit. Kerana mana mana pemain yang ada permit kerja dengan EU, mereka boleh bermain di EPL bila bila masa.

Tetapi selepas Brexit, peraturan visa dan permit kerja pemain EPL juga berubah sama seperti sektor pekerjaan yang lain.

Terdapat beberapa kriteria khas yang ditetapkan untuk dilepasi oleh pemain pemain tersebut.

Walaupun jumlah mata yang dikenakan adalah 15, namun untuk kes tertentu, bagi pemain yang mencapai 14 mata, mereka sebenarnya boleh memohon kelayakan khas berdasarkan penilaian kerajaan.

Jadi, kelab kelab asing yang mahu menjual pemain mereka ke EPL, mereka harus memikirkan soal GBE ini, dan mulai memberikan pemain mereka penampilan.

Sebenarnya, mata GBE ini sangat kompleks. Yang diterangkan di atas cumalah gambaran secara ringkas.

Anda boleh baca di sini untuk lebih terperinci, bagi peraturan yang dikemaskini pada 2021 di sini:

NEW FA POINTS BASED SYSTEM EXPLAINED

Peraturan itu diperkenalkan selepas Brexit, dengan mata diperuntukkan berdasarkan kualiti liga semasa pemain dan pengalaman antarabangsa.

FA menetapkan tahap mata GBE yang diperlukan dan yakin bahawa mengehadkan pemain asing akan membantu perkembangan pemain asal England ataupun berstatus homegrown akan lebih banyak peluang beraksi.

Sistem baharu itu telah pun memberi impak besar kepada beberapa kelab Liga Perdana Inggeris, dengan Chelsea terpaksa menangguhkan ketibaan pemain yang ditandatangani bernilai £16 juta pada Januari, Andrey Santos.

Dia telah kembali ke kelab Brazil, Vasco da Gama secara pinjaman selepas kelab itu tidak dapat mendapatkan visa pemain tengah itu.