Setiap pasukan bola sepak, sama ada kelab atau pasukan kebangsaan, mesti mempunyai nama gelaran. Nama gelaran ini yang akan menjadi sebahagian daripada jenama sesebuah pasukan kebangsaan.

Ia turut berada di barangan rasmi pasukan, jersi, atau apa sahaja berkaitan pasukan kebangsaan. Misalnya Malaysia ada nama gelaran Harimau Malaya.

Amat sukar untuk melihat sesebuah pasukan itu menukar nama gelaran pasukan bola sepak mereka terutama sekali di peringkat pasukan kebangsaan. Walaupun Malaysia pernah menukar kepada Harimau Malaysia, namun akur dan kembali semula kepada Harimau Malaya.

Sadio Mane Tewaskan Mo Salah Untuk Rangkul Anugerah Pemain Terbaik Afrika 2022

Ada sebuah negara di Afrika Barat, Benin kini sedang berusaha menukar nama gelaran mereka daripadad Sang Tupai kepada Sang Cheetah. Mereka masih menunggu kelulusan daripada pihak berwajib tentang perkara itu.

Presiden FA Benin (FBF), Mathurin de Chacus mengumumkan rancangan itu selepas beliau dipilih semula hasil kemenangan tanpa bertanding untuk penggal kedua.

Les Ecureuils, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai The Squirrels ditubuhkan pada 1960-an – nampaknya mencerminkan sebuah negara kecil yang ingin mendaki tinggi.

Mahu nama lebih menggerunkan

Bagaimanapun, De Chacus, yang juga ahli lembaga FIFA, berkata lembaga FBF memutuskan untuk memilih nama yang lebih ganas dan menggerunkan iaitu Guepards (Cheetah) bagi mencerminkan cita-cita pasukan itu.

FBF yakin menteri sukan Oswald Homeky akan mendapat kelulusan kerajaan sebelum perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2023 menentang Rwanda pada Mac tahun depan.

“Mulai hari ini, tidak akan ada lagi nama Tupai pada pasukan kebangsaan Benin di peringkat bola sepak. Mulai sekarang, pasukan bola sepak kita akan dipanggil cheetah,” kata De Chacus.

FA Benin mahu tukar nama gelaran Tupai

Benin, kini berada di ranking ke-91 dunia, tidak pernah layak ke Piala Dunia dan hanya bermain di pusingan akhir Piala Negara-Negara Afrika sebanyak empat kali; pada tahun 2004, 2008, 2010, dan 2019.

Ini bukan kali pertama Benin bercadang menukar nama gelaran pasukan kepada sesuatu yang akan menimbulkan kegerunan di hati lawan mereka.

Bukan kali pertama

Mereka pernah cuba menyingkirkan nama Tupai pada 2008 namun dihalang oleh kerajaan. Seterusnya satu undian tinjaun dibuat 2018 di kalangan rakyat dan peminat bola sepak mereka untuk menukar nama Tupai menjadi ular saya, juga tidak mendapat sokonga majoriti.

Squirrels mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika pada penampilan terakhir kejohanan mereka pada 2019 selepas menewaskan Maghribi menerusi penentuan penalti yang dianggap satu kejutan, tetapi gagal melayakkan diri ke pusingan akhir tahun ini di Cameroon.

Benin berada di bawah Kumpulan L dalam perlumbaan untuk layak ke Piala Negara-Negara Afrika 2023 yang ditangguhkan berikutan kekalahan kepada Senegal dan Mozambique pada Jun lalu.

Baca juga artikel:

Pogba Alami Depresi Kerana Mourinho

Campurtangan Kerajaan Dalam Perlantikan Rigobert Song, FECAFOOT Berdepan Tindakan FIFA

Salah Betul Betul Mahu Hadiahkan Piala Untuk Mesir