Pemain kacukan berdarah Indonesia-Belanda, Ezra Walian mengutarakan minatnya untuk beraksi dalam saingan Liga Thailand bagi baki saingan musim 2019.

Ezra ketika ini berstatus ejen bebas setelah kontrak beliau bersama kelab yang beraksi dalam saingan Eerste Divisie, Almere City FC tamat pada 30 Jun lalu.

Menurut ejen Ezra, Wide Putra berkata setelah kontrak bersama Almere tamat, Ezra dikhabarkan mendapat tawaran daripada Thailand dan juga Malaysia. Namun, saingan Liga Thailand yang berada satu tahap lebih tinggi berbanding Liga Malaysia lebih menarik minat penyerang berusia 21 tahun itu dan beliau terbuka untuk menyertai mana-mana kelab.

Ezra Walian Indonesia
Sumber Gambar: Kompas

“Ezra mendapat tawaran daripada kelab Eropah dan juga Asia Tenggara (Thailand dan Malaysia),” kata Wide.

“Jika beraksi dengan kelab Asia Tenggara maka perkara itu akan menjadi kelebihan untuk Ezra kerana beliau tidak perlu menempuh perjalanan yang jauh jika menerima panggilan daripada skuad kebangsaan Indonesia. Seperti yang kita tahu, Ezra Walian sememangnya mengimpikan untuk beraksi bersama skuad Garuda.

Ezra Walian
Ezra ketika beraksi bersama RKC Waalwijk.
Sumber Gambar: Indosport.com

Ezra merupakan graduan daripada akademi Ajax Amsterdam iaitu Jong Ajax yang turut beraksi dalam saingan Eerste Divisie. Pada 2017, Ezra meninggalkan Jong Ajax dan kemudiannya menyertai Almere City FC. Almere mengambil keputusan untuk meminjamkan Ezra ke RKC Waalwijk bagi saingan musim 2019.

Masih belum jelas kelab mana yang akan menjadi destinasi Ezra sebelum jendela perpindahan kedua Liga Thailand diturup lada 19 Julai ini. Jika beliau berjaya mendapatkan kontrak, maka ianya satu peluang keemasan untuk Ezra meningkatkan mutu serta kualiti permainan beliau.