Seorang Exco dalam kelab bola sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC), Tuan Haji Azalan Miswan disahkan telah meninggal dunia selepas bas yang membawa rombongan kakitangan PKNS terlibat dalam kemalangan di Afyonkarahisar, Turki, petang semalam.

Daripada 35 peserta yang menyertai rombongan tersebut, 10 orang dilaporkan mengalami cedera parah dalam kejadian terbabit. Antara peserta yang cedera ialah Timbalan Presiden PKNS, Ir. Haji Zain dan Naib Presiden ,Tuan Haji Lokman.

Pemilik agensi pelancongan yang menguruskan rombongan itu berkata, rombongan itu sepatutnya bercuti di negara berkenaan sehingga 21 Oktober ini. Menurutnya, bas yang dinaiki mereka itu dari Pamukkale menghala ke Cappadocia sebelum terbabit kemalangan.

“Saya difahamkan hujan di lokasi kejadian dan sebaik tiba di kawasan selekoh bas terbabit dilaporkan hilang kawalan sebelum tergelincir dan terbalik,” katanya dalam Arena Metro.

72618831_745713249201799_2658097333270478848_n
FOTO: Facebook

Sementara itu, Bahagian Komunikasi Korporat PKNS, dalam satu kenyataan malam tadi, mengesahkan bas terbabit kemalangan itu membawa rombongan 35 kakitangannya yang sedang melancong ke negara berkenaan.

“PKNS masih menantikan kenyataan rasmi daripada pihak Kedutaan Malaysia di Turki yang sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa tempatan dan hospital di Afyonkarahisar.

“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Kami di VocketFC mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Haji Azalan. Semoga Allahyarham dicucuri rahmat Nya dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan PKNS FC dalam Liga Malaysia musim ini.

PKNS FC Jadi ‘Feeder Club’ Kepada Selangor

PKNS FC Belum Hantar Permohonan Rasmi Kepada FAM Untuk Dijadikan Sebagai ‘Feeder Club’

Peter James Butler Panggil Penyerang PKNS FC, Kpah Sherman Sertai Skuad Kebangsaan Liberia

Sumber