Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Patrice Evra membuat pendedahan kontroversi tentang legenda Arsenal, Thierry Henry yang tak sanggup melihat Granit Xhaka menjadi kapten.

Xhaka kembali menjadi perhatian dunia apabila tindakan bodohnya membuatkannya dibuang padang ketika pasukannya kalah 0-1 di tangan Burnley.

Mikel Arteta dengan spesifik menyalahkan Granit Xhaka sebagai bertindak agak berlebihan dan menjadi punca pasukan lawan mendapat peluang untuk menang.

Patrice Evra yang sebelum ini membuat kenyataan kontroversi tentang Zaha kali ini membuat kenyataan panas tentang Xhaka.

Menurut Evra, Henry sangat tak begitu gembira dengan prestasi Arsenal terutama sekali apabila Dhaka menjadi kapten
The Gunners.

Sebelum ini Xhaka dilantik oleh Unai Emery menjadi kapten utama pasukannya.

“Saya akan ceritakan sebuah cerita pendek. Thierry Henry mengajak saya ke rumahnya suatu hari untuk menonton perlawanan Arsenal,” kata Evra kepada Sky Sports.

“Dia menghidupkan TV, gambar pertama yang kami lihat di layar adalah Xhaka memimpin pasukan Arsenal, menjadi kapten. Thierry Henry mematikan TV,” tambah Evra lagi.

“Saya berkata, ‘Apa yang terjadi?’. Dia berkata, ‘Saya tidak sanggup menonton pasukan saya dan Xhaka mengetuai pasukan saya’ dan dia mematikan tv. Dan kami tidak menonton perlawanan,” kata Evra.

Evra berpendapat bahawa Henry memang tak gemar dengan Xhaka mewakili pasukan kesayangannya.

“Ini memberitahu kepada anda semua tentang apa yang difikirkan oleh legenda kelab ini. Dan sekali lagi dia mengecewakan pasukannya. Ini bukan kali pertama,” kata Evra.

Sebelum ini Evra juga pernah menghangatkan keadaan apabila berkongsi cerita bahawa beliau pernah memberitahu Van Persie bahawa Arsenal seperti pasukan bayi – ketika pemain itu baru tiba di United.

“Saya ingat dua tahun lalu saya membuat komen mengenai Arsenal dengan mengatakan mereka kelihatan seperti bayi.”

“Dia keluar dan berkata ‘Patrice Evra, ini bukan kali pertama dia membicarakan kami.’ Kemudian saya teringat pada perlawanan berikutnya dia diganti dan dia menanggalkan bajunya.”

“Saya rasa peminat Arsenal sudah muak dengan Xhaka,” jelas Evra.

Baca juga perkembangan lain

Tewaskan Levante, Koeman Laung Keyakinan Barcelona Mampu Juara La Liga

EPL: Penalti Salah Selamatkan Liverpool

EPL: Lampard Pertahan Mendy, Anggap Penjaga Itu Hebat Sejak Hari Pertama

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group