Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengah skuad kebangsaan Korea Selatan, Kim Min-jae.

Min-jae yang berusia 23 tahun beraksi bersama Beijing Sinobo Guoan dalam saingan Chinese Super League (CSL) sejak musim 2019. Beliau merupakan antara pemain pertahanan muda Asia yang sedang meningkat naik ketika ini. Faktor ini mendorong Everton untuk mendapatkan khidmat beliau bagi mengukuhkan benteng pertahanan.

Pencapaian Min-jae di peringkat kelab dan juga antarabangsa boleh dikatakan cemerlang dimana beliau pernah memenangi saingan K-League bersama Jeonbuk Hyundai Motors pada 2017 dan 2018.

Bersama skuad kebangsaan Korea, Min-jae berjaya memenangi pingat emas pada temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia, yang menyaksikan Malaysia pernah menundukkan Korea di perlawanan peringkat kumpulan dan juga kejuaraan East Asian Football Championship pada 2019.

Everton

Kim Min-jae. Sumber Gambar: AFC

Selain Everton, beberapa kelab EPL dan juga gergasi Eropah yang lain seperti Watford, RB Leipzig, Lazio, FC Porto dan PSV Eindhoven juga berminat bagi mendapatkan khidmat Min-jae.

Kesemua pasukan menunggu sehingga jendela perpindahan dibuka sekaligus menawarkan kontrak kepada pemain berketinggian 6 kaki 3 inci itu.

Baca artikel lain mengenai pemain Korea Selatan di sini:

Son Heung-min Mula Berlatih Memegang Senjata Dan Memakai Nombor Tentera 136

Hwang Ui-jo Disifatkan Sebagai Rekrut Terbaik Girondins de Bordeaux Musim Ini

Kelab Liga Perdana Inggeris Berminat Dapatkan Khidmat Hwang Hee-chan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group