Ansu Fati telah menjadi salah seorang prospek yang meningkat naik di dalam bola sepak Eropah sejak musim lalu.

Ansu Fati menjadi pemain yang turut dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan Sepanyol dan terus mencipta magisnya.

Namun sayang sekali pemain tersebut terpaksa berehat panjang kerana kecederaan.

Samuel Etoo antara legenda yang percaya bahawa Ansu Fathi bakal menggantikan Lionel Messi jika pemain muda itu dibangunkan dengan sebaiknya.

Masa depan Lionel Messi di Barcelona semakin rumit. Dan kapten legenda Barcelona itu masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan ketika ini.

Messi akan pergi secara percuma musim hadapan jika beliau memutuskan untuk terus kekal di Barcelona. Kerana kontrak semasa beliau berbaki kurang 6 bulan lagi.

Malah ada calon presiden Barcelona sendiri menyuarakan bahawa mereka tidak yakin untuk memberikan jaminan Messi akan kekal di Nou Camp pada musim hadapan.

PSG dan Manchester City antara kelab yang terus dikaitkan dengan penggempur legenda bernombor 10 kelab Catalan tersebut.

Bekas kapten Cameroon, Samuel Etoo percaya Ansu Fati sebagai salah seorang pemain penting Barcelona pada masa depan.

“Saya percaya Ansu Fati adalah salah seorang bakat untuk masa depan kelab,” tegas Etoo.

“Pada masa ini, beliau melakukan magisnya dan saya rasa, sangat perlu untuk kelab membentuknya dan menjaganya dengan baik.”

“Sama sama kita berharap agar beliau akan menjadi salah seorang pemain yang mengambil alih daripada Messi.”

Barcelona musim ini cuba untuk merampas kembali kejuaraan La Liga dari tangan Real Madrid. Namun pada ketika ini, Atletico Madrid sedang mendahului persaingan.

Barcelona berada 5 mata di belakang Atletico. Namun skuad Diego Simeone itu masih ada baki 3 perlawanan dalam tangan berbanding Barcelona.

Baca juga perkembangan lain

Piala FA: Man United Jumpa Liverpool

Zidane Mengamuk Kecam Pengurusan La Liga Kerana Tak Tunda Perlawanan Menentang Osasuna

Selepas 2 Bulan Michael Oliver Akui Silap, Pickford Patut Kad Merah