UEFA mengumumkan bahawa mereka membatalkan tindakan perundangan ke atas Barcelona, Juventus dan Real Madrid selepas 3 kelab tersebut berkeras mahu meneruskan projek Liga Super Eropah.

Sebelum ini, 12 pasukan cuba mewujudkan Liga Super Eropah. Dengan 9 pasukan termasuk 6 pasukan EPL kemudian menarik diri.

Tinggal 3 pasukan yang masih lagi mahu meneruskan ESL ini. UEFA sebelum ini mengancam tindakan perundangan ke atas 3 kelab tersebut iaitu Juventus, Real Madrid dan Barcelona, atas dakwaan merosakkan struktur bola sepak Eropah yang di bawah seliaan UEFA.

Pada hari ini UEFA menganggap bahawa siasatan dan tindakan undang undang tersebut dikira hangus, ataupun null and void. Bermakna ianya dianggap tidak pernah wujud sama sekali.

Dalam kenyataannya, UEFA berkata: “Jawatankuasa rayuan UEFA mengisytiharkan pembatalan prosiding ke atas 3 kelab tersebut.”

Selain itu, UEFA turut mengesahkan bahawa mereka masih tidak lagi mengutip wang sumbangan yang dipersetujui oleh 9 lagi kelab yang menarik diri sebelum ini iaitu Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United, Tottenham, Atletico Madrid, Inter Milan dan AC Milan.

Wang sumbangan itu lebih kepada kerana kekesalan 9 kelab tersebut di atas tindakan mereka dan berikrar akan menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan bola sepak di Eropah.

Kelab kelab di England sahaja sudah berikrar akan memberikan £22 juta secara keseluruhan pada Jun.

Pada April lalu, Barca, Real dan Juventus berjaya mendapatkan sokongan mahkamah sukan di Madrid, bahawa UEFA tidak boleh mengambil tindakan ke atas 3 kelab itu hanya kerana mereka mahu mewujudkan ESL.

Kes ini sudah dibawa ke mahkamah eropah, seperti mana yang disahkan oleh Florentino Perez sebelum ini. Oleh kerana kes ini masih lagi aktif di mahkamah Eropah maka UEFA tidak boleh mengutip wang sumbangan daripada 9 kelab lain tersebut.

Florentino Perez masih yakin ESL akan menjadi kenyataan. Namun di pihak UEFA mereka sudah menganggap ESL sudah berkubur sebelum bermula. Dan yakin projek itu tidak akan wujud lagi selepas ini.

Ramai peminat mempersoalkan di mana janji UEFA sebelum ini yang mahu menyingkirkan 3 kelab tersebut sekiranya mereka masih berdegil mahu meneruskan ESL.

Baca juga artikel

ESL: Juventus, Barca, Real Raikan Kemenangan Ke Atas UEFA Di Sepanyol

TERKINI: UEFA Ancam Singkirkan Real Madrid, Juve & Barca Dari UCL Jika Terus Berkeras Dengan ESL

Perez Ingatkan 12 Pasukan ESL Tak Boleh Tarik Diri Kerana Terikat Dengan Kontrak