KL United kehilangan salah seorang penjaga gol mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini apabila Ernest Wong dilaporkan sudah tidak lagi bersama pasukan.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Ernest sudah kembali ke New Zealand sekaligus meninggalkan pasukan dengan empat berbanding lima penjaga gol sebelum ini.

Sebelumnya, KL mencipta kejutan apabila mempunyai lima penjaga gol dalam skuad utama iaitu Ernest Wong, Zamir Selamat, Khatul Anuar, Julian Bechler dan seorang lagi pemain import kacukan Filipina kelahiran Denmark iaitu Kevin Ray Mendoza.

Pegawai Eksekutif Media & Komunikasi KL United, Devinder Singh kemudiannya memberikan penjelasan mengenai situasi jumlah penjaga gol pasukan dimana sebenarnya penjaga gol dalam skuad utama The City Boys adalah tiga orang sahaja.

“Untuk pencerahan, KL United mempunyai tiga penjaga gol senior iaitu Zamir Selamat, Kevin Mendoza dan Khatul Anuar Jalil. Julian Bechler berumur 19 tahun dan ditandatangani untuk pasukan Piala Presiden,” katanya menurut laporan Semuanya Bola.

Ernest Wong
Julian Johan Bechler. Sumber Gambar: BBJ

Bagi menghadapi saingan musim 2021, KL United dibimbing oleh jurulatih berpengalaman iaitu Bojan Hodak yang pernah membimbing pasukan seperti Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

KL juga kembali beraksi di Liga Super setelah semusim beraksi di Liga Perdana pada tahun lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

RASMI: Kerteh FC Bekerjasama Dengan Ghazoo Sports Terokai Peluang Komersil Di Australia Dan New Zealand

Elemen Futsal Ke Bola Sepak Jadi Senjata Utama Natanael Siringo Ringo Di Kelantan FC

Jendela Perpindahan Pertama Liga Malaysia 2021 Ditutup Pada 19 Februari