Pemain tengah Inter Milan, Christian Eriksen dijangka akan berehat daripada aksi bola sepak kompetitif sekurang kurangnya enam bulan selepas insiden serangan jantung dalam Euro yang lalu.

Eriksen rebah di padang pada akhir babak pertama ketika Denmark menghadapi Finland pada perlawanan pertama peringkat kumpulan Euro 2020.

Bekas pemain Tottenham Hotspur itu menerima rawatan segera daripada rakannya dan kemudian petugas medikal. Beliau kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran.

Mujurlah nyawa Eriksen masih boleh diselamat. Selepas itu beliau menjalani pembedahan jantung dan dilengkapi dengan implan cardioverter defibrillator (ICD).

Tetapi pemasangan ICD itu telah menghalang pemain itu beraksi di Serie A. Kerana Serie A tertakluk kepada perundangan sukan Itali yang melarang mana mana atlet dengan bantuan ICD terlibat dalam perlawanan profesional.

ICD merupakan satu peranti kecil yang akan membantu memantau kadar denyutan jantung dan kemudian berfungsi sebagai pembantu untuk merangsang jantung yang lemah secara tiba tiba.

Oleh sebab itu ICD juga digelar sebagai heart starter.

Peraturan itu berbeza di negara lain seperti Belanda. Di mana Daley Blind dibenarkan beraksi dengan bantuan ICD di tulang rawannya.

Sebelum ini, ketua jawatankuasa ilmiah FIGC (Persatuan Bola Sepak Itali) Franco Braconaro menyatakan bahawa Eriksen dapat terus bermain di Liga Itali selagi dia mengeluarkan alat bantuan jantung itu.

Dikutip dari Football Italia berdasarkan laporan oleh Sky Sport Italia, Eriksen masih mahu meneruskan kariernya bersama Inter Milan. Namun ICD di dalam badannya hanya boleh dikeluarkan paling awal dalam tempoh enam bukan akan datang.

Ini bermakna Eriksen perlu berehat selama tempoh tersebut. Eriksen akan tiba di Milan pada minggu hadapan untuk menyertai kem pra musim.

Inter Milan sudah merancang latihan khas untuk pemain itu. Apa yang pasti Eriksen masih belum boleh bermain dalam masa terdekat ini.

Baca juga artikel

Aberdeen Bina Tugu Sir Alex Ferguson, Kenang Jasa Bantu Kelab Bina Sejarah Paling Gemilang

Real Madrid Sedia Bida Mbappe, Namun Dia Berimpian Mahu Menang UCL Bersama PSG

Allgeri Dengan Jujur Beri Sebab Kenapa Bonucci Tak Layak Jadi Kapten Berbanding Dybala