Pengurus baharu Manchester United, Erik ten Hag tanpa berselindung menolak spekulasi yang mengatakan beliau tidak berminat untuk menggunakan khidmat Cristiano Ronaldo pada musim hadapan.

Sebaik sahaja ten Hag disahkan bakal membimbing The Red Devils, banyak pihak berpendapat bahawa masa depan pemain berusia 37 tahun itu di Manchester kelihatan semakin kabur.

Namun dengan kualiti hebat dimilikinya dalam meledakkan jaringan, Cristiano Ronaldo dilihat akan terus menjadi sandaran utama buat pengendali kelahiran Belanda tersebut untuk merobek gawang lawan pada musim 2022/23 nanti.

“Saya sudah tidak sabar untuk bekerjasama dengannya [Cristiano Ronaldo],” ujar ten Hag menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

Kredit Foto: Manchester United

“Ronaldo merupakan seorang pemain ‘besar’, dengan apa yang telah dia pamerkan  dan saya berfikir dia masih lagi pemain yang sangat bercita-cita tinggi.”

“Sudah semestinya saya mahu untuk terus mempertahakannya bersama pasukan. Dia pemain yang sangat penting buat Manchester United pada musim ini, berbekalkan dengan statistik yang hebat,” tambah Erik ten Hag lagi.

Daripada 30 perlawanan Liga Perdana Inggeris yang dihadapinya, Ronaldo berjaya mencetak 18 gol dan mencipta tiga bantuan jaringan manakala dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, beliau telah menjaringkan enam gol dimana Manchester United hanya mampu layak ke pusingan 16.

Kehadiran ten Hag yang memiliki reputasi hebat di Belanda bersama Ajax pastinya diharapkan oleh seluruh peminat Manchester United untuk mengembalikan zaman kegemilangan kelab tersebut yang kelihatan terumbang-ambing sebaik sahaja ditinggalkan pengurus legenda, Sir Alex Ferguson.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah melalui pautan dibawah.

Lewandowski Beri Bayangan Semakin Hampir Tinggalkan Bayern Munich

EPL: Newcastle Tewaskan Arsenal, Peluang The Gunners Ke UCL Sukar

Guardiola: “Etihad Akan ‘Sold Out’, Kami Akan Bergadai Nyawa Demi EPL”