Erik Ten Hag mengakui bahawa Manchester City dan Liverpool pimpinan Pep Guardiola dan Jurgen Klopp sangat dominan di dalam Liga Perdana Inggeris pada ketika ini.

Kedua dua pasukan juga bermain bola sepak yang cantik dan memiliki falsafah permainan yang mengkagumkan.

Bercakap dalam sidang media pertamanya, Ten Hag menegaskan bahawa dia sudah sedia untuk menamatkan dominasi dua pengurus tersebut di England.

Sambil Ten Hag menegaskan bahawa dia seronok dengan cabaran menjadi pesaing kepada dua pengurus tersebut.

Erik ten Hag datang ke Manchester United ketika pasukan yang dibergelut musim ini.

Sebaliknya, Manchester City dan Liverpool tampil begitu dominan bukan sahaja di arena domestik tetapi juga di saingan Eropah.

Manchester City telah mengesahkan diri mereka sebagai juara Liga Perdana 2021/2022. Mereka menjadi yang terbaik selepas pertempuran sengit dengan Liverpool.

Pep Guardiola menamatkan saingan di tangga teratas dengan kutipan 93 mata, aka hanya satu mata di hadapan Liverpool, yang terpaksa berpuas hati dengan naib juara.

Sementara itu, Manchester United pastinya gagal layak ke Liga Juara-Juara musim depan kerana hanya menduduki tangga keenam di belakang Arsenal dengan kutipan 58 mata.

Keputusan buruk musim ini membuatkan Manchester United sudah lima musim tanpa trofi.

Bagaimanapun, Erik ten Hag optimis mampu menghidupkan semula Red Devils dan bersedia untuk bersaing dengan dua kuasa besar ketika ini, Man City dan Liverpool.

Namun Ten Hag yakin akan dapat mengangggu dan menamatkan dominasi itu.

Ten Hag berkata: “Buat masa sekarang ini, saya mengagumi mereka berdua. Mereka bermain bola sepak yang hebat, baik Liverpool dan Man City,” kata Erik ten Hag.”

“Tetapi anda sentiasa melihat sesuatu era boleh berakhir dan saya tidak sabar untuk melawan mereka. Dan saya pasti semua kelab lain dalam Liga Perdana mahu melakukannya.”

Tambahan pula, Ten Hag, yang sebelum berpindah ke Manchester United berjaya menghadiahkan gelaran Eredivisie untuk Ajax Amsterdam musim ini, yakin dia mampu mematahkan dominasi Guardiola dan Klopp dalam Liga Perdana Inggeris.