Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dalam sebuah temubual bersama Pengerusi J.League iaitu Mitsuru Murai yang diterbitkan oleh portal Japan Times, beliau ada menyatakan beberapa perkara yang mungkin perlu peminat bola sepak negara itu hadap dan terima untuk terus maju diperingkat lebih tinggi.

Mitsuru Murai menjelaskan bahawa level domestik di Jepun adalah ‘comparatively low’  dan disebabkan itu mereka mahu lebih ramai pemain-pemain Jepun berhijrah ke eropah untuk menjadi seorang pemain yang lebih baik.

“Kami mahu para pemain pergi ke eropah dan menyertai kelab yang kerap beraksi dalam pusingan kalah mati UEFA Champions League.”

“Era dimana kita seronok jika melihat pemain-pemain ke eropah sahaja sudah pun tamat. Jika diperhatikan kepada bilangan pemain Jepun yang beraksi bersama top class club, kita masih jauh ketinggalan.”

“Jepun sudah sampai ke tahap dimana kita mahu pemain-pemain ini beraksi dan meningkat dengan top level club.”

Selain itu, Mitsuru Murai juga memberitahu bahawa bekas pemain J.League yang sudah mencipta nama bersama kelab-kelab besar di eropah sudah mula ‘kembali’ ke Jepun seperti Atsuto Uchida dan tidak lama lagi dijangka Makoto Hasebe juga akan pulang.

Club World Cup – Quarter Final – Kashima Antlers v Guadalajara

Soccer Football – Club World Cup – Quarter Final – Kashima Antlers v Guadalajara – Hazza bin Zayed Stadium, Al Ain, United Arab Emirates – December 15, 2018 Kashima Antlers’ Atsuto Uchida celebrates at the end of the match REUTERS/Andrew Boyers

“Ia bukan sekadar menghantar pemain ke eropah, tetapi selepas 28 tahun liga berlangsung, kita berada pada satu titik dimana pemain-pemain ini mula pulang.”

“Saya rasa bagus untuk pemain muda berhijrah ke eropah, tetapi kita juga mengalukan kepulangan pemain veteran bersama pengalaman dan know-how mereka ke Jepun.”

“Kita mahu mereka berkongsi global standard of play dengan pemain-pemain muda disini.”

Ketika Mitsuru Murai ditanya apakah skuad kebangsaan Jepun bakal dianggotai oleh pemain-pemain yang berpangkalan di eropah sahaja, beliau memberikan huraian seperti berikut untuk difahami.

World Cup – Round of 16 – Belgium vs Japan

Soccer Football – World Cup – Round of 16 – Belgium vs Japan – Rostov Arena, Rostov-on-Don, Russia – July 2, 2018 Japan players pose for a team group photo before the match REUTERS/Marko Djurica

“Kita berada pada era dimana pemain berusia 19 tahun sudah melakukan penampilan dalam perlawanan akhir Piala Dunia.”

“Hala tuju J.League juga berubah supaya kita boleh membangun dan menghasilkan lebih ramai pemain muda seperti Takefusa Kubo yang mampu beraksi cemerlang diperingkat global.”

“J.League menaikkan pemain yang bersedia untuk melangkah ke peringkat dunia ketika masih remaja. Apabila pemain ini beraksi dengan baik diluar negara, dan kita akan dikenali sebab ada pemain muda yang bagus disini, membolehkan liga kita dipandang lebih attractive.”

“Adalah penting untuk kami menjadi sebuah liga yang diberikan perhatian oleh dunia.”

Bercerita mengenai ‘menyelesaikan masalah’ apabila pemain-pemain ini berhijrah, Mitsuru Murai menyatakan bahawa semuanya adalah berkaitan transition dari seorang pemain ke pemain yang lain dan menjadi sebuah liga yang secara konsisten menghasilkan pemain seperti ini.

“Bagi mengelakkan situasi apabila seseorang pemain muda berbakat berhijrah dan tiada lagi yang tinggal di Jepun, kami telah melancarkan inisiatif seperti Project DNA bagi memastikan kami masih menghasilkan pemain yang bagus serta menerima perhatian dari luar negara.”

Jangan lupa untuk terus membaca 3 artikel terpilih VOCKET FC seperti dibawah.

TMJ: Proses Naik Taraf Padang Stadium Sultan Ibrahim Berjalan Lancar Dan Kualiti Juga Amat Baik

Mohamadou Sumareh Ucap Terima Kasih Kepada Police Tero FC, Siap Sedia Untuk 2021 Secara Mental Dan Fizikal

FAM Umum Datuk Ong Kim Swee Sebagai Pengarah Teknikal Baharu Gantikan Tempat Peter de Roo

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group