Arsenal memulakan EPL 2020/21 dengan langkah kanan. Mereka menang 3-0 di Fulham.

Ini adalah pertama Fulham sejak kepulangan semula mereka ke Liga Perdana Inggeris.

Di atas padang, Arsenal ternyata bukan tandingan Fulham.

Alexander Lacazette membuka tirai jaringan untuk pasukan Arsenal. Dan beliau mencipta satu lagi musim sebagai penjaring pertama dalam perlawanan pembukaan.

Selepas itu, Arsenal menikmati kisah indah oleh dua debutant mereka.

Willian membekalkan dua Assist untuk rakannya. Sebelum itu beliau menjadi pencetus kepada gol pertama untuk Alexander Lacazette.

Ianya mungkin dikira assist Dalam FPL.

Assist pertama beliau adalah kepada seorang lagi pemain debutant iaitu Gabriel Magalhaes.

Dan satu lagi untuk penyerang prolifik mereka Pierre-Emerick Aubameyang.

Ini menjadikan Willian sebagai pemain Arsenal pertama membekalkan dua Assist Dalam perlawanan pembukaan sejak Ray Parlour pada 1992.

Fulham langsung tiada jawapan untuk Arsenal. Mereka malah hampir dibolosi dengan lebih banyak.

Mujur Marek Rodak berjaya menafikan beberapa lagi percubaan Arsenal.

Arsenal berjaya menang 3-0 dan membawa pulang tiga mata. Fulham terus mencatatkan rekod buruk dalam derbi London.

Kalah dalam 11 perlawanan terakhir mereka dalam aksi Derbi London.

Kemenangan ini meneruskan lagi rekod cemerlang Arsenal sejak liga bersambung selepas rehat covid sejak musim lepas.

Willian pastinya pemain yang berhak menjadi pemain terbaik perlawanan pada kali ini.

Beliau terlibat secara langsung dan tak langsung dalam ketiga tiga gol Arsenal.

Baca juga perkembangan lain

Pihak Messi Tak Profesional Ketika Meminta Keluar Dari Barcelona

Klopp Kagumi Falsafah ‘High Tempo Press’ Oleh Bielsa

Mendy Pengganti Kepa Arrizabalaga, Terbang Ke London Untuk Selesaikan Perpindahan