
Prestasi cemerlang Manchester United diteruskan lagi. Kali ini mereka menang tipis ke atas Burnley dalam aksi mendebarkan di Turf Moore.
Man United turun untuk menyelesaikan baki perlawanan mereka yang belum dimainkan lagi.
Namun pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer berdepan dengan kesulitan. Harry Maguire melakukan tandukan kemas dan masuk, pada awal separuh masa pertama.
Malang sekali gol itu tak dikira kerana Maguire didakwa melakukan kekasaran terlebih dahulu.
Manchester United mendominasi sebahagian besar perlawanan dan berterusan beraksi di kawasan lawan.
Edinson Cavani memiliki peluang keemasan selepas menerima hantaran Martial, namun tidak menemui gawang gol.
Separuh masa pertama berakhir dengan tanpa jaringan.
Pada separuh masa kedua Man United meningkatkan lagi tempo permainan. Bruno Fernandes melakukan rembatan jarak jauh yang diselamatkan Nick Pope.
Nick Pope #BURMUN pic.twitter.com/Qd7N5rwHsW
— Faisal HQ (@iF2is) January 12, 2021
Martial melakukan lencongan cantik, tetapi Pope sekali lagi bertindak cemerlang.
Ketika Man United kelihatan semakin buntu, pada minit ke-71, Paul Pogba menerima hantaran Rashford, dan melakukan voli yang terbias pada kaki lawan. United di hadapan.
Both of Paul Pogba’s Premier League goals this season have been Man Utd’s first in the game.
Making the difference. 🇫🇷 pic.twitter.com/lX3bAWdOwv
— Statman Dave (@StatmanDave) January 12, 2021
Pada babak akhir separuh masa kedua, Burnley memiliki beberapa peluang gol. Namun United berjaya memastikan 3 mata milik mereka.
Kemenangan tersebut menjulang Man United ke puncak Liga Perdana Inggeris.
🍾Man of the Match🍾: @ManUtd's Paul Pogba
𝗠𝗼𝘀𝘁 touches
𝗠𝗼𝘀𝘁 passes completed
𝗠𝗼𝘀𝘁 aerials won
𝗠𝗼𝘀𝘁 clearances
𝗠𝗼𝘀𝘁 chances createdWinning goal to send @ManUtd top of the @premierleague
🙌🙌 pic.twitter.com/CFxwSqUvZX— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) January 12, 2021
Ini adalah kali pertama Man United merasai berada di tangga teratas selepas 17 perlawanan sejak kali terakhir pada 2012/13, pada musim terakhir mereka memenangi Liga Perdana Inggeris.
1 – This is the first time Manchester United have ended the day top of the Premier League table, having played as many as 17 games, since the final day of their title-winning campaign in 2012-13 under Sir Alex Ferguson. Restored. pic.twitter.com/fHDP8FWTxY
— OptaJoe (@OptaJoe) January 12, 2021
Aksi seterusnya, United akan berkunjung ke Anfield, dalam pertemuan dua pasukan teratas.
Baca juga perkembangan lain
Ozil: Fenerbahce Macam Real Madrid Kelab Terbesar Di Dalam Negara