Manchester United kecewa sekali lagi apabila keciciran mata di The Hawthorns dalam aksi ke-23 Liga Perdana Inggeris mereka.

Man United dalam usaha untuk memastikan mereka tidak berada jauh daripada Man City selepas keciciran mata dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Namun malang sekali, United bolos awal. Diagne menembusi gawang De Gea seawal minit kedua ataupun lebih tepat pada 83 saat.

Diagne menerima hantaran silang dari Conor Gallagher, dan mengatasi Victor Lindelof, dan kemudian menewaskan De Gea.

Tersentak dengan gol itu, Man United menguatkan dominasi mereka dari awal. Namun mereka bergelut untuk mencipta peluang gol.

United akhirnya menyamakan kedudukan pawa minit ke-44 menerusi gol cantik Bruno Fernandes, hasil umpanan Luke Shaw.

Bersambung babak kedua, Manchester United menerusi keunggulan mereka dari segi penguasaan bola.

Walaupun begitu, West Brom tetap mencipta beberapa peluang gol yang mengancam kubu mereka.

Memasuki minit ke-62, Manchester United dihadiahkan sepakan penalti. Namun selepas pengadil melihat VAR, penalti tersebut ditarik balik.

West Brom hampir saja kembali mendahului pada ke-78. Diagne berhadapan dengan David de Gea dalam situasi 1 lawan 1. Maguire yang cuba melindungi bola, diatasi oleh Diagne.

Tetapi kali ini De Gea melakukan penyelamatan yang cemerlang untuk memastikan pasukannya tidak kalah.

Kapten pasukan, Harry Maguire hampir menjadi wira kemenangan pasukannya pada masa kecederaan. Namun kedudukan tidak berubah dan kekal 1-1.

Baca juga perkembangan lain

Serie A: Juventus Kecundang Di Tangan Napoli Pada Hari Istimewa Chiellini

Mourinho: ‘Dalam Penalti Moden, Kena Kuku Atau Hidung Pun Penalti’

EPL: Liverpool Kalah Lagi, Alisson Buat Kesilapan Ngeri Sekali Lagi