Arsenal berjaya menewaskan West Ham dan menggantikan mereka sebagai pasukan dalam 4 teratas selepas aksi cemerlang di Emirates.

David Moyes meneruskan lagi rekod buruk di Emirates. Di mana Moyes gagal menenangi sebarang perlawanan di Emirates dalam 18 kunjungannya ke gelanggang Arsenal.

Moyes yang menjadi pengurus keempat memasuki senarai pengurus 600 perlawanan EPL terpaksa akur dengan kehebatan pemain pemain muda Arsenal.

Milkel Arteta tidak melakukan sebarang perubahan daripada pasukan yang cemerlang menewaskan Southampton sebelum ini. Seperti yang disahkan oleh Arteta, Pierre-Emerick Aubameyang sekali lagi diketepikan kerana isu disiplin sebelum ini.

Arsenal yang melucutkan jawatan kapten dari Aubameyang pada malam tadi dipimpin oleh Lacazette sebagai ketua pasukan mereka di atas padang.

Gabriel Martinelli menjaringkan gol pembukaan pada awal separuh masa kedua sebelum pemain gantian, Emile Smith Rowe mengesahkan lagi kemenangan Arsenal.

Martinelli menggunakan kepantasannya untuk meluru ke dalam kotak penalti dan melencongkan leretan mengatasi Fabianski.

Sementara gol Smith Rowe lebih jahat dengan rembatan mendatar dari luar kotak penalti yang rendah dan deras.

Kapten Arsenal, Alexandre Lacazette juga berpeluang menjaringkan gol. Namun penaltinya diselamatkan oleh bekas pemain Arsenal, Lukasz Fabianski.

Penalti itu diberikan pengadil selepas Vladimir Coufal menjatuhkan Lacazette di dalam kotak penalti dan dibuang padang.

Sebelum itu Coufal dilayangkan kad kuning selepas menyiku Kieran Tierney.

Bek sisi dari Scotland itu juga hampir menjaringkan gol dengan rembatannya terkena palang gol.

Bukayo Saka menjadi ancaman utama buat West Ham United. Mencipta beberapa siri peluang untuk rakan rakannya.

Saka sendiri hampir menjaringkan gol pada separuh masa kedua.

West Ham memiliki peluang gol menerusi Pablo Fornals dan Jarrod Bowen. Namun secara keseluruhannya, Aaron Ramsdale menjadi pemain paling tak sibuk di atas padang.

Arsenal berterusan menyerang dan melakukan 21 percubaan ke arah gol berbanding 7 oleh West Ham.

Dengan kemenangan ini, Arsenal telah meminta West Ham dan Manchester United dalam carta liga untuk berada di empat teratas dalam usaha mereka memburu slot ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

West Ham yang sebelum ini memiliki rekod cemerlang menentang big six musim ini, ternyata gagal untuk mengatasi Arsenal sekali lagi, yang memiliki rekod cemerlang ke atas mereka.