Prestasi Pierre Emerick Aubameyang terus menjadi perhatian ramai. Musim ini kapten Arsenal itu sudah mempersiakan banyak peluang gol yang dianggap peluang besar atau peluang keemasan.

Dalam aksi berdepan Everton, Aubameyang memiliki peluang untuk menyelamatkan 1 mata pada aksi terakhir perlawanan, malangnya, Aubameyang gagal menyempurnakan peluang tersebut.

Everton turun dengan suasana di stadium bergema protes mendesak BOD kelab untuk berambus. Walaupun kempen untuk walkout pada minit ke-28 tidak begitu menjadi seperti yang dirancang.

Di atas padang, Everton jelas pasukan lebih baik. Namun malangnya mereka meratapi dua gol Richarlison dibatalkan oleh VAR.

Pertamanya, gol Richarlison dibatalkan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Agak ironi kerana selepas VAR membatalkan gol itu, Arsenal mendapat gol pendahuluan pada masa kecederaan sebelum rehat. Di mana Odergaard meletakkan Arsenal sebelum masuk ke bilik persalinan.

Pada separuh masa kedua, Rafa Benitez memperbaiki taktikalnya dan Richarlison sekali lagi menjaringkan gol, pada minit ke-58. Dan sekali lagi gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Arsenal yang bermain dengan tempo sangat sederhanan pada separuh masa kedua akhirnya dihukum oleh, tak lain tak bukan iaitu Richarlison. Pemain antarabangsa Brazil itu kali ini memastikan golnya pada minit ke-79 bersih.

Arteta kemudian memasukkan Pierre Emerick Aubameyang untuk merampas semula pendahuluan.

Namun Arsenal dihukum sekali lagi oleh Demarai Gray pada masa kecederaan 90+2.

Arsenal bernasib baik kerana bekas pemain mereka Alex Iwobi tidak menjaringkan gol. Kerana itu pasti akan membuatkan luka mereka lebih dalam.

Aubameyang kemudian memiliki kesempatan pada saat akhir. Malang sekali dia merembat tak tepat dan wisel panjang dibunyikan.

Everton 2 Arsenal 1.

Arsenal mempersia siakan peluang untuk memintas semula Manchester United.

Baca juga artikel

Dalot Dedah Fred Tak Pernah Terganggu Kerana Kritikan Pundit & Netizen Di Media Sosial

EPL: Divock Origi Wira Kemenangan Lewat Liverpool

EPL: West Ham Bangkit Dan Tewaskan Chelsea, Mendy Berikan Penalti Tak Masuk Akal