Arsenal dan Manchester United bertemu dalam aksi Liga Perdana Inggeris minggu ini. The Gunners menjamu kunjungan Syaitan Merah di Emirates.

Perlawanan ini boleh dikatakan dibahagi kepada dua fasa. Separuh masa pertama, United lebih dominan. Manakala separuh masa kedua pula Arsenal yang sangat dominan.

Fred memulakan ancaman pada awal separuh masa. Namun rembatannya diselamatkan Bernd Leno.

Arsenal melakukan serangan balas yang berpunca daripada David Luiz pada minit ke-31. Emile Smith Rowe menerima bola dan menyerahkannya kepada Pepe. Namun rembatan Pepe tidak tepat.

Pada minit ke-34, Fernandes sekali lagi bergasak dengan David Luiz. Beliau melepaskan satu percubaan yang tersasar.

United kemudian terpaksa membuat pertukaran awal setelah Scott McTominay cedera. Ole Gunnar Solskjaer membawa Anthony Martial pada minit ke-37.

Man United melakukan serangan yang mengkucar kacirkan lawan pada minit akhir separuh masa pertama. Malang sekali Rashford gagal melakukan sentuhan kepada bola.

Tiada gol dihasilkan kedua dua pasukan pada separuh masa pertama.

Mikel Arteta memasukkan Willian untuk separuh masa kedua. Willian melakukan dua ancaman bahaya pada awal 5 minit pertama di atas padang.

Percubaan beliau dihadang oleh Wan Bissaka. Dan seterusnya Willian mencipta peluang untuk Nicolas Pepe yang dihadang Harry Maguire.

Alexander Lacazette juga sangat hampir melakukan gol spektakular menerusi sepakan percuma beliau yang menggegar palang gol.

Arsenal kemudian mencipta lebih banyak peluang. Pepe hampir menewaskan De Gea dengan rembatan leretnya tersasar sedikit.

Arteta memberikan debut kepada Martin Odegaard. Terlalu minimum sumbangan beliau dalam masa yang terhad.

Edinson Cavani yang mempersiakan peluang awal, sekali lagi mempersiakan peluang keemasan di hadapan gol.

Keputusan seri ini membolehkan Arsenal menduduki tangga kelapan dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 31 mata dari 21 perlawanan.

Sementara itu, Manchester United kekal di tempat kedua dengan 41 mata dari 21 perlawanan, tiga mata di belakang Manchester City, yang berada di puncak. Namun City masih ada satu perlawanan dalam tangan berbanding United.

Dalam perlawanan lebih awal, Man City menang 1-0 ke atas Sheffield United.

United melebarkan rekod tanpa kalah di tempat lawan kepada 18 perlawanan.

Namun mereka masih gagal menang ke atas big six dalam saingan liga sejak Mac 2020.

Baca juga perkembangan lain

Tuchel Mahukan Haaland Dan Alaba

EPL: Sadio Mane Cemerlang Bantu Liverpool Tewaskan Spurs

Kerosakan Era Bartomeu, Barcelona Berisiko Muflis, Hutang Meningkat Kepada €1.2 Billion