Erik Ten Hag secara rasminya mengendalikan perlawanan kompetitif pertama beliau menentang Brighton di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Ianya selepas pra musim yang sangat cemerlang.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Bertempat di Old Trafford, seperti yang diwar warkan oleh Ten Hag sebelum ini, Cristiano Ronaldo tidak berada dalam kesebelasan utama kerana tidak berada dalam kondisi terbaik selepas terlepas aksi pra musim di Asia dan Australia. Namun dia diletakkan di bangku simpanan.

Ten Hag menelan kekalahan pertamanya sebagai pengurus Man United dalam aksi debut kompetitifnya.

Seawal minit keenam Manchester United mencipta peluang menerusi rembatan McTominay, namun dihadang, dia kemudian melorongkan kepada Bruno Fernandes. Malangnya Fernandes gagal melakukan percubaan lebih baik.

Minit ke-24, Danny Wellbeck melakukan ancaman pertama Brighton. United kemudian terus melancarkan serangan balas tetapi tiada penyudah.

6 minit kemudian Brighton di hadapan menerusi Pascal Gross. Di mana Danny Wellbeck memainkan peranan penting dalam mencipta keadaan kucar kacir di hadapan gol. Gross melakukan rembatan dari jarak sangat dekat untuk gol pertama.

Brightin nampak lebih mengancam sepanjang separuh masa pertama. Dan mereka mencipta 12 percubaan berbanding 5 sahaja daripada Man United.

Sebelum rehat, Gross sekali lagi menewaskan David De Gea untuk menjadikan kedudukan 2-0 menuju ke bilik persalinan.

Gross kini sudah mencetak 6 gol liga ke atas Man United, menjadikannya perlawanan kegemaran beliau berbanding aksi lain dalam EPL.

Bersambung babak kedua, Brighton terlebih dahulu mengancam kubu Manchester United. Wellbeck mendapat peluang dengan tandukan bebas pada minit ke-48. Tetapi tidak tepat.

Ten Hag kemudian memasukkan Cristiano Ronaldo.

Minit ke-60, Rashford memiliki peluang 1 lawan 1 dengan Sanchez. Namun gagal menewaskan penjaga gol tersebut. Penjaga garisan kemudian menaikkan bendera ofsaid.

4 minit kemudian, Rashford mendapat peluang terbaik sekali lagi. Dan percubaannya sekali lagi sangat menghampakan.

Pada minit ke-67, Christian Eriksen melakukan percubaan rendah deras. Namun pertahanan Brighton berjaya mengeluarkan bola.

Berpunca daripada sepakan penjuru itulah Man United mendapat gol pertama mereka. Ianya selepas Sanchez gagal mengeluarkan bola dan Mac Allister tertampan bola ke gawang sendiri.

VAR memeriksa sama ada Diogo Dalot handball terlebih dahulu, kerana dia terlibat aktif dalam gol tersebut. VAR mengesahkan bahawa gol itu kekal.

Pada minit ke-87, Lisandro Martinez melakukan percubaan dari sudut sukar. Namun percubaannya dihadang. Martinez meminta penalti, tetapi pengadil tidak mengendahkannya.

United terus gagal menyamakan kedudukan dan akhirnya Brighton mencipta kemenangan bersejarah 1-2 di Old Trafford.