Patrick Bamford sekali lagi menunjukkan kepada Gareth Southgate yang menyaksikan perlawanan ini – kenapa beliau berhak dipanggil ke dalam skuad kebangsaan.

Bamford menjaringkan gol berhadapan dengan Spurs dalam aksi di Elland Road untuk membantu pasukannya menang 3-1.

Stuart Dallas meletakkan Leeds di hadapan dengan gol liga kelapan beliau musim ini. Pemain antarabangsa Ireland Utara itu melakukan penyudah jarak dekat.

Namun 12 minit kemudian Son Heung Min menyamakan kedudukan selepas Dele Alli terlalu mudah melepasi lawannya.

Assist pertama Dele Alli selepas 16 perlawanan liga.

Kegembiraan Spurs tak lama apabila Bamford melakukan tap in hantaran Ezgjan Alioski. Bamford terus berbisa pada musim ini. Dalam musim pertama Leeds pulang semula ke EPL.

Rodrigo menambah gol ketiga untuk mengesahkan kekalahan pertama Spurs di bawah Ryan Mason.

Spurs juga kecewa dengan dua gol Harry Kane dibatalkan kerana ofsaid serta percubaan terkena palang.

Salah satu daripada ofsaid tersebut sangat kontroversi. VAR menjadi topik panas sekali lagi.

Paling tidak masuk akal, hujung boot Kane dikatakan punca kenapa dia ofsaid. Sampai begitu VAR cuba menyiasat insiden ini agar ianya ofsaid.

Spurs menelan kekalakan ke-11 mereka musim ini. 5 mata dari 4 teratas. Dan mungkin sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada UCL kerana West Ham dan Chelsea masih ada 1 perlawanan dalam tangan.

Kemenangan ini mebolehkan Leeds memintas Arsenal.

Baca juga artikel

TERKINI: FA Inggeris Mahu Final UCL Diadakan Di England Kerana Situasi Semasa Di Turki Dilabel Zon Merah

UEL: Akhirnya Ole Nikmati Final Pertama Bersama Man United

UEL: Tiada Final ‘All English’, Arsenal Ditendang Keluar Oleh Villarreal