Ole Gunnar Solskjaer merasakan prestasi Manchester United sangat dominan ketika berdepan dengan Leeds walaupun seri.

The Red Devils telah memenangi perlawanan sebelum ini 6-2 di Old Trafford pada bulan Disember tetapi tidak ada skor besar dicatatkan di Elland Road kali ini.

Sepakan percuma Marcus Rashford memaksa Illan Meslier terbang melakukan penyelamatan pada babak pertama. Bruno Fernandes pula terlepas peluang keemasan.

Pelawat mempunyai 16 percubaan tetapi berjaya memperoleh empat percubaan yang tepat. United mengakhiri rekod 5 kemenangan berturut turut mereka dan kini membuatkan City selangkah lagi lebih hampir kepada kejuaraan liga.

“Saya fikir kami bermain dengan baik. Saya fikir kami telah bermain dengan sangat baik,” kata Solskjaer kepada Sky Sports setelah seri tanpa jaringan yang ketujuh dalam liga musim ini – menyamai rekod kelab mereka pada 1980-81.

“Pada babak kedua, saya fikir kami mendominasi. Kami tidak memberikan mereka peluang lagi. Kami mempunyai beberapa peluang yang baik tetapi, sayangnya, tidak dapat menerimanya.”

“Ketika dua pasukan bertemu, kamu akan mencipta masalah dan kamu harus menyelesaikan masalah.”

“Pasukan lawan memberikan kamu perkara yang perlu difikirkan dan saya rasa, kami juga membuat mereka menyesuaikan diri dengan permainan kami, dan kami harus menyesuaikan diri dengan permainan mereka kerana mereka adalah pasukan yang unik.”

“Saya fikir kami melakukannya dengan sangat baik. Kami bekerja keras. Begitu banyak kali saya melihat Leeds mengalahkan pasukan lain pada babak kedua, tetapi saya fikir ia adalah sebaliknya.”

“Leeds boleh membuli pasukan lain dengan kecergasan mereka namiun pasukan saya menunjukkan kecergasan yang kami ada. Kami mencipta 2 atau 3 peluang keemasan, malangnya kami gagal skor.”

“Sehingga ke kawasan kotak penalti, di situlah kami berhenti. Kualiti, atau pengambilan keputusan telah menghampakan kami.”

“Tentu saja kami kecewa kerana kami tidak mendapat tiga mata, tapi saya rasa anak-anak buah tahu mereka harus memberikan segalanya dan mereka sangat menghormati bagaimana Leeds bermain, ditambah dengan hasil yang mereka perolehi sejak akhir-akhir ini.”

Leeds hanya melakukan enam percubaan sahja dalam perlawanan, yang paling sedikit dalam pertandingan liga di Elland Road di bawah kendalian Marcelo Bielsa.

Hasilnya juga menyaksikan skuad Solskjaer melanjutkan lagi rekod tanpa kalah dalam liga mereka kepada 24 perlawanan.

Manchester United seterusnya beraksi menentang Roma pada Khamis di Old Trafford pada perlawanan pertama separuh akhir Liga Europa.

Baca juga artikel

Piala Carabao: Tandukan Kejuaraan Laporte Buat Spurs Terus Derita Kemarau Piala Major

Moyes Anggap VAR Sampah Dan Pengadil Tak Pernah Main Bola Sepak

Giggs Dihadapkan Ke Mahkamah Kes Pukul Dan Ugut Perempuan