Brentford meraikan kepulangan mereka ke EPL selepas 74 tahun dengan kemenangan mengejutkan ke atas Arsenal. Skuad bimbingan Mikel Arteta beraksi dengan tidak bermaya berhadapan dengan Sang Lebah – gelaran untuk Brentford.

Aksi ini merupakan satu satunya aksi EPL pada hari pembukaan liga musim baharu untuk musim 2021/22. Perhatian dunia tertumpu kepadanya.

Pasukan bimbingan Thomas Frank bermain dengan penuh keyakinan. Tidak langsung kekok pada hari pertama mereka di EPL – beraksi di hadapan penyokong mereka sendiri di Brentford Community Stadium.

Brentford di hadapan menerusi gol minit ke-22 oleh Sergi Canos yang menewaskan Bernd Leno di near post. Arsenal agak tidak berpuas hati kerana menurut mereka bola tersebut sudah terkeluar terlebih dahulu pada fasa binaan gol itu.

https://twitter.com/FootballxFacts/status/1426314262042103817

Di sebalik aksi dengan tempo hambar Arsenal, hanya Emily Smith Rowe yang menunjukkan kualitinya. Smith mengancam kubu lawan dengan percubaan yang diselamatkan penjaga gol, David Raya.

Raya beraksi cemerlang malam tadi dengan turut menafikan percubaan Pepe, sebelum penyokong tuan rumah menjerit kegirangan sekali lagi 17 minit selepas itu dengan gol kedua oleh Christian Norgaard.

Norgaard menanduk masuk masuk bola selepas pemain pemain Arsenal gagal mengeluarkan lontaran jauh Mads Sorensen. Ben White antara yang menjadi tumpuan kerana gagal dalam duel tersebut.

White mencatatkan debut yang kurang memberangsangkan terutama sekali dari segi duels.

Arsenal terus kempunan dalam usaha mereka mencari gol tanpa dua penyerang senior mereka iaitu Lacazette dan Aubameyang yang dilaporkan tidak sihat.

Tamat perlawanan, Arsenal tewas pada hari pembukaan. Di media sosial peminat peminat Arsenal meminta Mikel Arteta membuktikan di mana peningkatan yang beliau janjikan?

Brentford sudah pastinya sangat gembira dan peminat mereka menjadi ‘gila’ meraikan kemenangan pertama mereka. Di mana generasi peminat mereka yang ada pastinya tidak pernang menyaksikan aksi pasukan mereka di EPL.

Dalam sidang media selepas perlawanan Arteta menyatakan bahawa beliau sangat kecewa dengan kekalahan tersebut.

Arsenal musim ini tidak beraksi dalam mana mana kejohanan eropah. Dan mereka perlu bangkit daripada kekalahan ini segera untuk kembali ke pentas eropah musim hadapan.

Minggu hadapan, Arsenal akan berdepan Chelsea dalam aksi derbi London.https://www.vocketfc.com/presiden-psg-kami-sentiasa-mengikuti-garis-panduan-ffp/

Baca juga artikel

TERKINI: Tak Putus Asa, Manchester City Sedia Beli Kane Dengan Nilai €150 Juta

RASMI: Lukaku Gembira Kembali Ke Kelab Yang Disokongnya Dari Kecil

Presiden PSG: Kami Sentiasa Mengikuti Garis Panduan FFP