Arsenal melalui perlawanan yang sukar di Emirates pada malam ini.

Skuad bimbingan Mikel Arteta terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua untuk mendapatkan gol.

Arsenal bermain dengan dominan, namun Sheffield sangat kompak di pertahanan.

Sheffield sama saja seperti musim lalu, mereka menguatkan bahagian belakang dan cuba menyerang lawan dengan serangan balas.

Tetapi kali ini Sheffield gagal untuk melakukan serangan balas lebih baik.

Arsenal yang gagal menjaringkan gol pada separuh masa pertama terus menyerang pada permulaan separuh masa kedua.

Arteta membawa masuk Nicolas Pepe untuk memberikan lebih kesegaran di bahagian serangan.

Bermula daripada gerakan Bellerin di sebelah kanan, Saka mencipta ruang di far post. Bellerin kemudian melakukan hantaran lob cantik.

Saka menanduk tepat ke gawang gol dalam keadaan tak dikawal. Agak mengecewakan bagi Chris Wilder apabila pemain paling kecil di dalam padang melakukan jaringan menerusi tandukan.

EjfdU8lXgAMKbvp

Itu adalah gol pertama Saka menerusi tandukan di dalam kariernya bersama skuad senior Arsenal dalam kancah EPL.

Pepe menambah satu lagi gol pada minit ke-64, kira kira 3 minit selepas gol Saka.

Sekali lagi Hector Bellerin menjadi pencipta assist untuk rakannya. Pepe melakukan geleckan ringkas dan meleretkan bola ke far post.

EjfdU8sXYAAKU9J

Sheffied United merapatkan jurang gol pada babak akhir perlawanan. David McGoldrick menyempurnakan hantara Baldock pada minit ke-83.

Arsenal berjaya bertahan dalam dua situasi bola mati Sheffield sebelum wisel penamat.

Arsenal menang 2-1. Ini merupakan kemenangan ketiga Arsenal dalam EPL musim ini.

Baca juga perkembangan lain

Merobek Zon 14 Antara 7 Pendekatan Bielsa Yang Membuatkan City Kucar Kacir

EPL: Leeds Hampir Lemaskan Man City Dengan Tempo Intensif, Guardiola Anggap Keputusan Yang Adil

Highlight EPL: Chelsea Bantai Palace, Jorginho Skor 2 Penalti