Nike baru sahaja memperkenalkan bola baharu yang akan digunakan dalam Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.

Bola yang digelar flight ball itu akan digunakan bagi musim 2020/21. Nampaknya para pemain kena buat kerja lebih sikit dalam jadual pra musim yang sangat singkat untuk menyerasikan diri dengan bola tersebut.

1593513995262

Bola tersebut dilihat mirip kepada rekaan bola golf. Dengan Nike mengketengahkan rekaan yang agak radikal pada bola rasmi Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.

Menurut Nike, konsep ini adalah yang terbaik untuk menghentikan gerakan / motion yang pelik ataupun sukar dijangka.

Dan bola ini dijangka akan memberikan pengalaman baharu kepada pengambil sepakan percuma ketika berhadapan dengan benteng dan cuba menewaskan penjaga gol.

1593513998587

Nike menyatakan bahawa mereka bukan menghasilkan bola yang memberikan kelebihan kepada mengambil sepakan percuma semata-mata.

Namun mereka mahu memberikan keseimbangan di antara penjaga gol dengan teknik mengambil sepakan percuma.

Nike turut menyatakan bahawa bola ini akan memperbaiki kualiti sepakan percuma termasuk mengurangkan bola daripada melambung liar.

Jadi apa pandangan anda semua tentang rekaan bola ini. Adakah anda meramalkan ia akan menjadi salah sebuah bola terbaik ataupun sekolah yang membawa kepada kontroversi.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Inter Masih Gagal Capai Kesepakatan Dengan United

Penyokong Barca Meroyan Dengan Pengumuman Arthur Sah Ke Juventus

Gol Ramos Dan Benzema Julang Real Madrid Ke Puncak