Manchester United menelan kekalahan pertama mereka pada era Ralf Rangnick. Di mana Red Devils dimalukan oleh Wolves di laman sendiri.

Wolves tampil dengan aksi yang sangat dominan pada malam Cristiano Ronaldo menjadi kapten Man United sekali lagi selepas 13 tahun , 9 bulan dan 14 hari.

Namun rekod cemerlang Ronaldo sebagai kapten di peringkat kelab lebur juga. Jika sebelum ini Ronaldo tak pernah kalah dalam aksi beliau menjadi kapten, dalam perlawanan peringkat kelab.

Wolves memberikan Ronaldo kekalahan pertama sebagai kapten kelab.

Wolves terlalu bagus untuk United pada separuh masa pertama. Mereka melakukan 8 percubaan ke arah United dalam 20 minit pertama perlawanan.

Sepanjang perlawanan Wolves berjaya melakukan 19 percubaan ke arah gawang United berbanding dengan hanya 8 oleh Setan Merah.

Manchester United dengan suramnya hanya melakukan 2 percubaan tepat dalam perlawanan ini.

David De Gea sekali lagi menjadi penyelamat United daripada bolos lebih banyak.

Walaupun kebal menahan asakan Wolves, David De Gea tewas juga di tangan Joao Moutinho pada minit ke-82. Berpunca daripada bola mati, Phil Jones gagal mengeluarkan bola dengan lebih baik dan disambar Moutinho.

Moutinho sangat cemerlang dalam perlawanan ini. Mencatatkan statistik seperti berikut:

Selepas gol itu Wolves cuba memperlahankan tempo permainan. Manchester United pula gagal memberikan respon yang lebih agresif.

Sebelum wisel penamat, Man United mendapat sepakan percuma di luar kotak penalti. Tetapi sepakan Bruno Fernandes diselamatkan Jose Sa. Itu hanyalah percubaan tepat kedua Man United.

Tamat perlawanan, Manchester United 0 Wolves 1.

Wolves memenangi aksi liga pertama mereka di Old Trafford sejak 1980.