Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick menjelaskan bahawa ada beberapa perkara yang beliau tidak gembira melihatnya dalam kemenangan tipis Manchester United ke atas Norwich.

Manchester United berhempas pulas untuk menang di Carrow Road. Dan terpaksa mengharapkan penalti Cristiano Ronaldo untuk memberikan mereka 3 mata penuh.

Ronaldo yang dikasari oleh Max Aarons di dalam kotak penalti, telah menyempurnakan sendiri penalti tersebut. Ianya adalah gol ke-12 Ronaldo musim ini dalam semua pertandingan.

Kemenangan berharga itu membolehkan Manchester United terus merapati kedudukan 4 teratas.

Ralf Rangnick ada reaksi yang bercampur tentang pasukannya. Ada yang membuatkannya gembira, dan ada yang sebaliknya.

“Pada separuh masa, saya memberitahu para pemain bahawa kami perlu meningkatkan kepantasan dan intensiti permainan kami.”

Rangnick kemudian memberikan pujian kepada De Gea yang berjaya mempamerkan beberapa aksi menyelamat yang membolehkan gawang United terus kebal.

“Separuh masa kedua sedikit lebih baik, tetapi akhirnya kami agak bernasib baik kerana dapat melakukan clean sheet.”

“Pada separuh masa kedua saya sangat tak gembira dengan jumlah sepakan penjuru yang kami berikan kepada lawan. Mujur kami mendapat 3 mata.”

“Kami telah melepaskan bolos tertinggi dari kalangan 10 teratas. Sekarang kami sudah melakukan 2 clean sheets – di mana ianya bagus tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki, terutama sekali ketika bertahan dengan pasukan yang bermain dengan fizikal, atau pasukan yang menyerang di zon tinggi seperti dilakukan Norwich hari ini.”

“Ianya juga persoalan tentang bahasa tubuh dan fizikaliti. Dan ini adalah satu isu utama yang kami harus lakukan lebih baik.”

Baca juga artikel

EPL: Dua Penalti Jorginho Pastikan Kebangkitan Chelsea Tewaskan Leeds

EPL: Penalti Mo Salah Berikan 3 Mata Untuk Liverpool Pada Hari Kepulangan Gerrard Ke Anfield

Arthur Buat Hal Lagi, Kali Ini Allgeri Larang Dia Naik Bas Sebab Lambat Datang Latihan