Menyambung semula Liga Perdana Inggeris kekal menjadi komitmen utama kesemua pasukan di England ketika ini.

Laporan terbaru menyatakan bahawa, sambungan semula itu akan bergantung kepada aksi di 8-10 gelanggang neutral.

EPL kini sedang berkira-kira untuk kembali semula menyambung aksi pada 12 Jun ini. Namun mereka masih memerlukan keizinan daripada kerajaan, atas nasihat pakar kesihatan negara mereka.

EPL kini sudah mengenalpasti beberapa stadium yang terbaik dan selamat untuk menganjurkan kesemua baki perlawanan.

Agenda tersebut dibincangkan dalam mesyuarat terbaru EPL pada Jumaat lalu dalam projek yang digelar ‘Projek Restart’.

Dokumen ‘Restart Projek’ adalah agenda utama dalam panggilan persidangan terbaru pada hari Jumaat, yang dihadiri oleh semua 20 kelab.

Dalam satu pernyataan Liga Perdana berbunyi: “Pada pertemuan melibatkan Pemegang Saham Liga Perdana hari ini, kelab membincangkan langkah-langkah yang mungkin diambil untuk menyambung semula musim 2019/20, apabila ia selamat dan sesuai untuk melakukannya.”

“Diulangi bahawa semua pihak juga juga bersimpati dan bersama dengan mereka yang terkena wabak COVID-19.”

“Tambahan, keutamaan Liga Perdana Inggeris adalah kesihatan dan keselamatan pemain, jurulatih, pengurus, kakitangan kelab, penyokong dan masyarakat yang besar.”

“Liga dan kelab sedang mempertimbangkan tentatif pertama untuk begerak ke hadapan dan hanya akan kembali berlatih serta bermain dengan bimbingan Kerajaan – di bawah nasihat pakar perubatan dan setelah berunding dengan pemain dan pengurus.”

“Liga menyambut baik idea penubuhan kumpulan kerja perubatan Kerajaan untuk kembali menyambung aksi sukan elit, yang bertemu untuk pertama kalinya pagi ini.”

“Tidak ada keputusan rasmi yang dimuktamadkan pada pertemuan Pemegang Saham hari ini dan kelab bertukar-tukar pendapat mengenai maklumat yang diberikan mengenai Projek Restart. ”

“Ianya disepakati oleh PFA, LMA, pemain dan pengurus – sebagai kunci proses ini dan akan maklumat lebih lanjut akan diumumkan kelak.”

epl

“Kelab-kelab EPL menegaskan sekali lagi komitmen mereka untuk menyelesaikan musim 2019/20, menjaga integriti kompetisi dan menyambut baik sokongan pihak pemerintah.”

Cadangan dalam dokumen ‘Projek Restart’ telah disusun oleh pengarah bola sepak Liga Perdana Inggeris, Richard Garlick.

Para pemain hanya akan kembali ke latihan dengan persetujuan kerajaan.

Rancangan juga merangkumi saringan semua pemain dan pegawai 48 jam sebelum kembali ke latihan dan mereka juga akan diuji untuk saringan kemungkinan ada masalah pernafasan yang berkaitan dengan coronavirus.

Peraturan seperti melarang meludah di tempat latihan dan memakai pakaian pelindung mulut seperti snood / topeng setiap saat juga dipertimbangkan.

Wakil perubatan dari pelbagai sukan di UK telah bertemu dengan DCMS (Jabatan Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan) pada hari Jumaat ketika kerajaan meningkatkan rancangan untuk mengembalikan semula beberapa acara sukan.

Baca juga artikel perkembangan bola sepak Eropah yang lain

Kelab Jerman Mulai Buat Ujian Covid-19, Persiapan Sambung Liga

Sebelum Meninggal, Saya Nak Menang Piala Dengan Spurs

Dybala Disahkan Positif Covid-19 Kali Keempat Dalam 6 Minggu