Liverpool berkunjung ke Fulham untuk perlawanan ke-12 Liga Perdana Inggeris. Alisson Becker kembali semula memperkuat barisan belakang The Reds.

Liverpool memulakan perlawanan dengan dominan. Namun pasukan tuan rumah lebih agresif mencipta peluang gol.

Liverpool diserang bertali arus setiap kali Fulham mendapat bola. Minit ke-3, Mario Lemina melakukan percubaan pertama ke arah gol Liverpool.

Dua minit kemudian, Cavaleiro melakukan percubaan deras yang ditepis oleh Alisson.

3980

Pada minit ke-15, Ademola Lookman pula menguji Alisson Becker. Malang sekali percubaan beliau tidak dapat menggegar jaring.

Fulham meminta penalti pada minit ke-17 selepas mendakwa Fabinho mengasari Cavaleiro. Tetapi selepas mendapatkan pandangan VAR, pengadil kekal tidak memberikan penalti.

Fulham akhirnya di hadapan menerusi Bobby Reid. Di mana beliau mengambil kesempatan di atas kecelaruan pertahanan Liverpool yang lemah dalam usaha mereka mahu menyerang balas.

Fulham terus memberikan masalah kepada Liverpool apabila Anguissa mendapat peluang menerusi tandukan jarak dekat.

Tetapi penjaga gol Brazil – Alisson Becker – sekali lagi melakukan penyelamatan cemerlang.

2970

 

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0 memihak tuan rumah. Di mana Fulham dengan cemerlang melakukan 6 percubaan tepat berbanding 1 oleh Liverpool.

Liveprool bernasib baik hanya ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama. Terima kasih kepada Alisson yang berada dalam prestasi terbaiknya.

Pada separuh masa kedua, Klopp melakukan pertukaran awal, mengeluarkan Matip dan memasukkan Takumi Minamino.

Matip tidak dapat meneruskan perlawanan dan membuatkan Henderson diarahkan bermain bek tengah bersama Fabinho.

Liverpool memperbaiki corak permainan mereka. Dan mencipta peluang gol lebih baik.

Firmino melakukan rembatan yang terbias pada kaki pertahanan lawan.

Fulham bertahan dengan lebih ramai dan cuba menyerang balas Liverpool apabila ada kesempatan. Mereka ada pemain yang pantas dan lincah seperti Lookman.

Klopp kemudian memasukkan Neco Williams untuk menguatkan lagi tenaga pasukannya di bahagian sayap.

Neco Williams masuk dan terus melakukan percubaan gol namun dihadang pertahanan lawan.

Liverpool akhirnya dihadiahkan sepakan penalti, selepas sepakan percuma Wijnaldum terbias pada tangan Kamara.

Mohamed Salah tanpa ada masalah menewaskan Areola dengan penalti sangat kemas bagi menyamakan kedudukan.

Gol itu membuatkan Salah kini menyamai rekod gol Cristiano Ronaldo di Liga Perdana Inggeris.

Tidak lama kemudian, Curtis Jones melakukan larian solo cantik, namun rembatannya ditangkap oleh Areola.

Liverpool terus mencari gol kemenangan. Klopp memasukkan Divock Origi menggantikan Mohamed Salah

Baca juga perkembangan lain

La Liga: Kota Madrid Dicat Putih, Atletico Tewas Pertama Kali Musim Ini

Derbi Manchester: 1 Mata Dikongsi

Borussia Dortmund Dibelasah Stuttgart Di Halaman Sendiri