Liverpool melayan kunjungan Aston Villa serta kepulangan bekas kapten legenda mereka iaitu Steven Gerrard yang datang sebagai pengurus Aston Villa.

Gerrard berjaya membangkitkan Villa dengan rekod 3 kemenangan daripada 4 perlawanan terakhir mereka.

Gerrard diberikan sambutan dan alu aluan yang gemuruh di Anfield. Beliau merekodkan 710 perlawanan bersama Liverpool dan menjaringkan 186 gol untuk kelab tersebut.

Namun di atas padang Gerrard dengan profesionalnya memastikan pasukannya memberikan hari yang sukar untuk Liverpool walaupun Liverpool mendominasi perlawanan sejak awal lagi.

Aston Villa tampil dengan organisasi pertahanan yang kompak dan berdisiplin.

Emi Martinez menafikan beberapa siri percubaan bahaya daripada Liverpool. Antaranya daripada Oxlade Chamberlain, Robertson dan Sadio Mane.

Liverpool bergerak aktif menerusi serangan di bahagian sayap yang digerakkan oleh dua bek sisi ofensif mereka, Trent Alexander Arnold dan Andrew Robertson.

Skuad Jurgen Klopp juga meminta beberapa penalti dalam perlawanan ini. Dan akhirnya mendapat penalti pada separuh masa kedua.

Mohamed Salah dengan tenang menewaskan Emi Martinez. Gol tersebut merupakan gol tunggal dan gol kemenangan Liverpool pada minit ke-65.

Emi Martinez berjaya membaca arah bola namun gagal menjangkaunya kerana bola tersebut sangat deras dan tepat.

Ini adalah gol ke-14 Mohamed Salah dalam Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Salah kini hanya dibezakan dengan 1 sumbangan gol sahaja lagi daripada rekod yang dipegang oleh Jamie Vardy.

Kemenangan tersebut juga memastikan Liverpool kekal di tangga kedua dalam carta Liga Perdana Inggeris selepas 16 perlawanan.

Baca juga artikel

Arthur Buat Hal Lagi, Kali Ini Allgeri Larang Dia Naik Bas Sebab Lambat Datang Latihan

Newcastle Sedia Bayar €55 Juta Dapatkan Ter Stegen

TERKINI: Kecewa Memanjang Duduk ‘Bench’, Martial Mahu Angkat Kaki Januari Ini