Gol penalti minit ke-100 Bruno Fernandes menghadiahkan Man United kemenangan pertama.

Agak malang buat Brighton yang bermain baik namun menelan kekalahan pada perlawanan ini.

Kurang bernasib baik mungkin perkataan paling sesuai untuk mereka. Banyak sekali bola terkena tiang dan palang, kemudian dihampakan oleh VAR.

Brighton 5 kali melakukan percubaan terkena tiang dan palang gol dalam perlawanan ini.

Man United hampir di hadapan terlebih dahulu selepas Mason Greenwood menyudahkan hantaran Rashford, tetapi binaan gol itu ofsaid.

Brighton akhirnya di hadapan menerusi penalti oleh Neal Maupay menerusi sepakan penalti. Ini selepas Bruno Fernandes menjatuhkan Tarik Lamptey.

Maupay dengan bergaya melakukan penalti panenka menewaskan De Gea pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Namun United terus membalas dengan gol penyamaan, hanya selepas 194 saat, sebelum wisel penamat.

Usaha daripada Harry Maguire membuatkan Lewis Dunk tertampan bola ke gawang sendiri.

Brighton diberikan satu lagi penalti, namun pengadil Chris Kavanagh menariknya semula selepas konsultansi VAR.

Marcus Rashford meletakkan Man United di hadapan. Pada awalnya gol itu tidak diberikan kerapa ofsaid. Tetapi semakan VAR mendapati gol itu bersih.

Brighton yang bermain dengan sangat baik telah menyamakan kedudukan pada minit minit akhir perlawanan menerusi Solly March.

Drama berlaku ketika pengadil sudah meniupkan wisel penamat. Dan kemudian menyemak VAR, lalu memberikan penalti kepada United.

Bruno Fernandes tidak ada masalah untuk menyempurnakan penalti itu pada minit ke-100.

Tamat perlawanan, United menang 2-3 di Amex. United akan berkunjung menentang pasukan yang sama pada Rabu akan datang dalam aksi Piala Carabao.

Baca juga perkembangan lain

Arteta Akui Minat Thiago Alcantara

Manchester United ‘Slow’ Dalam Rundingan Alex Telles

Messi Dengan Terbuka Kutuk Cara Barcelona ‘Kick’ Luis Suarez