Manchester United meneruskan keputusan positif mereka. Terbaru pasukan bimbingan Ole Gunnar Soslkjaer itu berjaya menewaskan Aston Villa dalam aksi tahun baharu.

Man United melayan kunjungan Aston Villa di Old Trafford tanpa kehadiran Edinson Cavani yang memulakan penggantungan beliau.

Dan Red Devils berjaya memenangi aksi yang sarat dengan percubaan gol daripada kedua dua pasukan.

United membuka tirai jaringan pada lewat separuh masa pertama. Ianya berpunca daripada hantaran silang oleh Aaron Wan-Bissaka yang kemudiannya disudahkan oleh Anthony Martial menerusi tandukan.

Martial akhirnya menjaringkan gol kedua liga beliau pada musim ini.

Gol itu membolehkan United masuk ke bilik pesalinan dengan pendahuluan penting.

Bersambung babak kedua, Aston Villa menyamakan kedudukan hanya 13 minit selepas aksi disambung semula.

Betrand Traore tidak mempersia siakan ciptaan peluang oleh Jack Grealish. Traore menghukum kelemahan pertahanan Man United.

betrand

Namun kegembiraan pasukan pelawat tidak bertahan lama. Kerana 3 minit kemudian United kembali di hadapan menerusi penalti Bruno Fernandes.

Bruno Fernandes terus memberikan impak beliau dalam gol United sejak beliau menyertai Red Devils.

Penalti itu diberikan pengadil selepas kekasaran oleh Douglas Luis ke atas Pogba.

Kemenangan 2-1 ini membolehkan United menyamaai pungutan mata oleh pendahulu liga, Liverpool dengan 33 mata.

Man United juga menjadi pasukan paling banyak menang dalam aksi Liga Perdana Inggeris selepas 16 perlawanan iaitu dengan 10 kemenangan.

Baca juga perkembangan lain

Cavani Digantung 3 Perlawanan, Denda £100K Dan Kursus Khas

Spurs Terus Tertunggu Status Perlawanan, Mourinho Sindir PL Sebagai Terbaik Di Dunia

Klopp Puji Semangat Juang Pemain Namun Akui Ketumpulan Serangannya