Manchester United melayan kunjungan Aston Villa dalam aksi keenam Liga Perdana Inggeris musim ini. Skuad Ole Gunnar Solskjaer mahu bangkit selepas disingkirkan. West Ham United dalam saingan Piala Carabao.

Separuh masa pertama Man United menguasai perlawanan namun bergelut dengan ciptaan peluang gol. Walaupun Aston Villa lebih rendah menguasai bola tetapi mereka dua peluang keemasan pada separuh masa pertama.

Matt Targett memiliki peluang terbuka apabila menerima bola di depan gol dalam keadaan terbuka. Malangnya percubaan beliau tersasar tinggi pada minit ke-16.

Pada minit ke-21, De Gea terhangat bola ke kaki Watkins ketika cuba membina serangan dari bawah. Mujur De Gea menebus kesilapannya dengan menyelamatkan percubaan rendah Watkins dengan kakinya.

Manchester United memiliki peluang menerusi Harry Maguire yang menyambar sepakan penjuru rakannya. Namun Martinez cemerlang menafikannya.

Man United kemudian diberikan sepakan percuma dari luar kotak penalti. Ronaldo mengambil sepakan itu dan melakukan percubaan lemah.

Pada separuh masa kedua Man United terus melancarkan serangan. Paul Pogba cuba melencongkan bola mengatasi Emi Martinez namun sedikit tersasar.

Mason Greenwood kemudian berpeluang membuka tirai jaringan. Malangnya percubaan beliau tidak menepati sasaran.

Aston Villa terus berusaha menerusi serangan kilat daripada serangan balas. Ollie Watkins menggelecek pertahanan Man United dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan deras yang diselamatkan De Gea.

Villa mendapat satu lagi peluang keemasan pada minit ke-81. Malangnya Jacob Ramsey pula tergelincir.

Ole Gunnar Solskjaer memasukkan Edinson Cavani untuk menambah unit serangan beliau.

Namun Old Trafford tergamam apabila Kortney Hause menjaringkan gol pembukaan untuk pasukan pelawat pada minit ke-88.

Pada masa kecederaan Hause hampir menjadi hero kepada zero apabila tertampan bola dengan tangannya. Penalti buat Man United.

Ronaldo tidak diberikan peluang oleh Bruno yang terus mengambil bola. Bruno kemudian melakukan rembatan tinggi.

Ini bermakna Hause kekal sebagai wira kemenangan Vila.

Tamat perlawanan Man United 0 Villa 1.