Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Liverpool berkunjung ke Craven Cottage untuk aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris kedua dua pasukan.

Fulham ternyata memberikan Liverpool masalah pada separuh masa pertama. Walaupun skuad Jurgen Klopp tampil lebih dominan, namun Fulham merupakan pasukan yang lebih banyak melakukan ancaman.

Liverpool tersentak dengan gol pembukaan oleh Mitrovic pada minit ke-32. Di mana penyerang tinggi lampai itu menewaskan Tren Alexander Arnold dalam perebutan bola udara.

Liverpool cuba memberikan respon dengan percubaan bahaya oleh Luis Diaz yang terkena tiang gol.

Sebelum itu Andy Robertson melakukan hantaran bahaya yang melintasi gawang Fulham. Namun tolakkannya terlalu kuat dan gagal disambar oleh Luis Diaz.

Separuh masa pertama Fulham di hadapan dengan 1-0.

Bersambung babak kedua, Jurgen Klopp memberikan debut kompetitif untuk Darwin Nunez.

Fulham hampir menambah gol pada minit ke-57 menerusi Kebano tetapi rembatan derasnya terkena tiang.

Darwin Nunez kemudian menerima hantaran dalam kotak penalti dan melakukan flick. Tetapi dihadang.

Nunez kemudian terlalu bermurah hati cuba melorongkan bola kepada Mo Salah dalam kedudukan dia boleh menjaringkan gol.

Namun Nunez menebus kesilapannya dengan gol cantik. Kali ini flick beliau menerjah gawang pada minit ke-64.

4 minit kemudian, Darwin Nunez mencipta peluang untuk Luis Diaz. Tetapi percubaan Diaz dihadang.

Fulham kemudian mendapat sepakan penalti pada minit ke-70. Selepas Van Dijk menjatuhkan Mitrovic. Pengadil mendapat pengesahan VAR untuk mengekalkan penalti kepada Fulham.

Mitrovic tampil dengan penalti yang hampir diselamatkan Alisson. Namun kelajuan bola tersebut memberikan gol pendahuluan sekali lagi buat Fulham.

Namun begitu pada minit ke-81, Mohamed Salah menyamakan keududukan. Ianya berpunca daripada hantaran diagonal Trent Alexander Arnold yang disambut Nunez, dan bola dilorongkan kepada Mohamed Salah untuk gol mudah. Kini kedudukan 2-2.

Pada masa kecederaan Jordan Henderson hampir menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool. Namun terkena palang.

Fulham 2 Liverpool 2.

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group