Arsenal mempersiakan peluang terbaik mereka untuk kembali semula ke 4 teratas menjelang aksi terakhir EPL pada hujung minggu ini.

Ianya selepas The Gunners tewas di tangan Newcastle dalam kunjungan mereka ke St. James’ Park.

Arsenal memiliki rekod cemerlang berdepan Newcastle sebelum sepak mula. Di mana mereka menang 17 daripada 18 perlawanan EPL terakhir berdepan Newcasle. Kali terakhir Arsenal kalah di tangan Newcastle adalah pada 2018, di St James’ Park dengan keputusan 2-1.

Sejarah kekalahan itu berulang lagi. Ini bermakna Tottenham kekal dua mata di atas pesaing utara London mereka itu.

Spurs kini secara realistiknya hanya memerlukan keputusan seri di tempat lawan kepada Norwich yang sudah tersingkir – pada hari Ahad untuk memastikan kedudukan empat teratas hasil perbezaan jaringan yang unggul.

Kekalahan Arsenal juga menjamin tempat ketiga untuk Chelsea dan sah akan bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Gol sendiri Ben White dan gol lewat oleh pemain sasaran Arsenal sebelum ini, Bruno Guimaraes membuatkan Arsenal berputih mata.

Newcastle selayaknya menjadi pemenang kerana menunjukkan aksi lebih baik dan kesungguhan lebih tinggi.

Prestasi tersebut mungkin satu mesej yang dihantar kepada pasukan seperti Arsenal bahawa mereka mungkin mencabar untuk slot ke eropah pada musim akan datang.

Hanya Manchester City dan Liverpool telah memenangi lebih banyak mata Liga Perdana berbanding Magpies pada 2022 sejak mereka mula menjadi kelab dimiliki konsortium kerajaan Arab Saudi yang kaya raya.

Sudah pastinya akan lebih banyak pemain bintang yang akan masuk ke St. James’ Park dalam beberapa bulan akan datang.

Bajet Arsenal dalam pasaran perpindahan mungkin terjejas teruk dengan  kehilangan tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah sekali lagi.

Anak buah Mikel Arteta berada di tempat terbaik ketika baki tiga perlawanan – mendahului Spurs dengan empat mata.

Tetapi kemenangan derby Tottenham 3-0 pada Khamis telah meningkatkan tekanan kepada skuad muda Gunners.

Perkara yang mungkin positif daripada Arsenal adalah tidak kalah sekurang kurangnya dengan 3 gol sekali lago.

Aaron Ramsdale hampir dimalukan Miguel Almiron yang menghadang bola sepakannya.

Penjaga gol antarabangsa England itu bagaimanapun cemerlang untuk mengekalkan pasukannya dalam persaingan dengan penyelamatan cemerlang untuk menafikan Allan Saint-Maximin yang menuju ke tiang terdekat.

Tekanan dan serangan berterusan pasukan tuan rumah akhirnya mendapat ganjaran pada awal separuh masa kedua.

Ini apabila hantaran lintang rendah Joelinton telah ditampan masuk oleh Ben White ke gawang sendiri dalam usaha beliau memintas bola daripada sampai ke kaki Callum Wilson. Sukar untuk menyalahkan White dalam situasi tersebut.

Pada minit ke-79, Ramsdale menghasilkan satu lagi penyelamatan penting, menafikan bola daripada situas satu lawan satu dengan Jacob Murphy.

Namun kira kira 6 minit selepas itu, Arsenal bocor lagi. Mereka terleka ketika bertahan dan membolehkan Callum Wilson meluru masuk menyambar bola. Tetapi Ramsdale menafikan percubaan tersebut.

Guimares melakukan susulan yang kemas untuk gol kedua Newcastle.

Tamat perlawanan, Newcastle 2 Arsenal 0.

Arsenal kini mengharapkan perlawanan terakhir Spurs kalah dan mereka menang. Kerana selain daripada keputusan itu, Spurs akan mara ke UCL.