Leicester City meraih kemenangan dua gol yang komprehensif ke atas Chelsea pada awal pagi tadi waktu Malaysia. Lebih perit buat Chelsea yang sudah berbelanja sangat besar musim ini, menelan kekalahan keenam mereka.

The Foxes kini meraih 38 mata dari 19 perlawanan, satu mata di hadapan Manchester United. Namun United masih ada 1 perlawana kurang berbanding Leicester.

Sebaliknya, Chelsea menduduki tempat kesembilan dengan hanya mengumpul 29 mata.

Dalam aksi di Stadium King Power, Leicester terus memulakan perlawanan dengan tempo menyerang. Dan medapat gol seawal minit keenam.

Wilfred Ndidi menerima hantaran daripada Harvey Barnes, telah berjaya menewaskan Edouard Mendy.

10 minit kemudian, Leicester hampir menambah gol menerusi James Maddison. Rembatan pemain kebangsaan England itu menggegar palang gol.

Thiago Silva kemudian hampir merapakan kedudukan. Tetapi percubaannya digagalkan oleh Kasper Schmeichel.

James Maddison terus memberikan masalah kepada Chelsea. Kali ini beliau menjaringkan gol pada minit ke-41 selepas menerima hantaran Albrighton.

Chelsea perlu mengubah corak peraminan mereka pada separuh masa kedua. Dan mereka bermula garang dengan mencipta dua peluang gol pada minit ke-50 dan ke-51.

Leicester memutuskan untuk tidak terlalu defensif  walaupun ada kelebihan dua gol mereka miliki. Mereka hampir menambah gol pada minit ke-57. Mujur diselamatkan oleh Edouard Mendy.

Pada minit ke-86, Timo Werner berjaya menembusi gawang Leicester City. Namun, gol itu tidak dibenarkan oleh VAR kerana Werner berada dalam posisi ofsaid ketika dia menerima hantaran oleh Hakim Ziyech.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan bergaya Leicester. Frank Lampard akur dengan kekalahan di tangan pasukan lebih baik.

Baca juga perkembangan lain

Ibrahimovic: Bagus, Lepas Ni Lawan Kami Gerun Dengan Dua Orang Pula, Saya Dan Mandzukic

Aubameyang Skor 2 Gol Pada Hari Istimewa Buat Arteta Puas

Piala Super Sepanyol: Athletic Bilbao Hampakan Barcelona, Messi Kutip Kad Merah