Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Mesut Ozil terus dirundung malang. Kali ini nama beliau digugurkan daripada skuad utama Liga Perdana Inggeris untuk pasukan Arsenal.

Perkara itu pastinya memberikan tamparan hebat kepada karier Mesut Ozil.

Sebelum ini Mesut Ozil digugurkan daripada pasukan Liga Europa Pasukan Arsenal.

Keputusan drastik ini menyaksikan Arsenal akan membiarkan pemain bergaji £350,000 tidak bermain dalam dua pertandingan utama mereka musim ini.

Arsenal dilaporkan memang berusaha untuk mengeluarkan Mesut Ozil daripada pasukan. Namun pemain tersebut tidak mahu menerima pemotongan gaji.

Tidak ada kelab yang sanggup membayar gaji Ozil yang terlalu tinggi. Baru baru ini terdapat laporan menyatakan atau kelab dari Arab yang mahukan Ozil.

Tetapi pemain itu menegaskan beliau akan terus kekal di Arsenal sehingga kontrak beliau tamat.

Kegagalan Arsenal melepaskan beberapa pemain yang tidak berada dalam perancangan Arteta membuatkan situasi di Emirates menjadi rumit.

Selain Ozil, Sokratis juga tidak disertakan dalam skuad Arsenal.

Mesut Ozil sudah tidak beraksi sejak musim ini disambung semula. Kali terakhir beliau beraksi adalah pada Mac lalu.

Adakah anda rasa keputusan Arsenal tepat?

Baca juga perkembangan lain

Koeman Tak Kuasa Melayan Karenah Griezmann Yang Sempat Menyindirnya

Maguire Cedera, Solskjaer Dedahkan Cavani Tak Sedia Lagi

Van Dijk Disahkan ACL, Perlu Jalani Pembedahan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group